Senin, 15 Agustus 2011

Madrasah Ramadan

Ramadan adalah madrasah bagi kita untuk memperkukuhkan keimanan dan ketakwaan. Pada bulan ini Allah telah menjanjikan maghfirah dan pahala yang berganda. Oleh itu rebutlah peluang ini. Ustaz Rizal dalam tazkirah ramadannya baru-baru ini menyatakan ‘aktiviti’ yang disediakan kepada kita sepanjang bulan ramadan ini pantas buat kita melaksanakannya bagi mendapatkan pahala berganda itu. Sejak kita berniat, kemudian bersahur, bersolat subuh berjemaah, bersolat sunat doha, membaca al-quran, solat zohor dan asar berjemaah, berbuka pada waktunya dengan bersederhana, bersolat maghrib berjemaah, solat isyak dan tarawikh berjemaah, kemudian tadarus, berqiamullail. Inilah aktiviti-aktiviti sepanjang ramadan yang perlu dibuat secara terus-menerus dan ikhlas.
Seharusnya bulan ramadan ini menjadi pemangkin kepada aktiviti kita pada bulan-bulan berikutnya. Ada di antara kita yang begitu patuh beribadah dan mengikuti pantang larang di bulan ramadan. Pada bulan ini semua aktiviti seperti hiburan, berjudi, merempit, merokok, mengupat dan pelbagai lagi aktiviti negetif dapat dibendung. Tetapi selepas bulan ramadan mereka akan kembali kepada kegiatan-kegiatan tersebut, seolah-olah hanya bulan ramadan sahaja bulan ibadah. Pada bulan-bulan lain kita bebas melakukan apa saja.
Begitu jugalah sikap kita dengan beribadah di masjid dan surau. Bila berada di surau atau masjid kita boleh bertukar menjadi manusia penuh takwa dan beradab. Tetapi bila keluar masjid dan surau kita mulalah membuka aurat (bagi wanita), berjudi, rasuah, mengupat, fitnah..dan banyak lagi kegiatan yang bercanggah dengan Islam. Seolah-olah kebaikan kita itu hanyalah semasa berada di masjid dan surau sahaja. Bila keluar institusi tersebut kita boleh berbuat apa saja.
Samalah dengan bulan ramadan. Seolah-olah pada bulan ini sahaja kita perlu mematuhi syariat Islam, sedangkan pada bulan-bulan lain kita boleh bebas berbuat apa sahaja.
Inilah stail kita umat Melayu dalam menterjemahkan ibadah.

2 komentar:

Zulaiha Paikon mengatakan...

Mungkinkah ini kesan cara pendidikan sesetengah daripada kita yang masih jahil dalam menghayati agama ketika itu? Misalnya, kita mengejutkan anak-anak supaya segera bangun untuk pergi ke sekolah,tetapi tidak menyuruhnya bangun untuk segera bersolat.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Zu,
Banyak benar perkara yang perlu kita sedari tentang ibadah dan hidup ini. Kadang-kadang saya terasa banyak yang saya tdak tahu. Dulu banyak buang masa kerana kita tidak mahu belajar dan menyedarinya.