Rabu, 07 September 2011

Mencari Wira

Persoalan siapakah wira kini menjadi hangat. Angkara Mat Sabu yang cuba mengangkat Mat Indera sebagai wira. Alasannya Mat Indera menyerang rumah pasong di Bukit Kepung pada zaman British. Jadi Mat Indera sebenarnya menyerang tali barut British. Macam juga Pak Janggut yang menentang British di Kelantan tetapi dikatakan sebagai penderhaka oleh Inggeris.

Wira merdeka seharusnya adalah mereka yang terlibat dalam menentang penjajah Inggeris sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. Siapakah mereka? Tanyalah ahli sejarah. Mereka boleh memberikan jawapannya. Bukan orang politik. Orang politik perlu merujuk buku sejarah. Sejarah perlu ditulis oleh ahli akademik, bukan oleh ahli politik yang minat sejarah. Mereka tentu bias kepada fahaman masing-masing.

Sebenarnya kita juga boleh menjadi wira. Wira muncul setiap hari. Orang yang amanah dengan tanggungjawab yang diberi adalah wira. Berjuang mempertahankan kebenaran berlandaskan Islam adalah wira. Bercakap benar meskipun tidak menguntungkan adalah wira. Berani mengaku bersalah dan bersedia meminta maaf juga adalah wira.

Jalan raya atau lebuh raya tidak akan melahirkan wira. Padang atau stadium tidak akan melahirkan wira. Laut dan langit juga tidak akan melahirkan wira. Wira lahir di lebuh raya keadilan. Wira lahir di padang dan stadium yang menjulang kebenaran. Wira lahir di laut dan di langit yang mempertahankan agama Islam sebagai agama kebenaran.

1 komentar:

dariana mengatakan...

Buat ayat dari perkataan wira:

1. En Ahmad memiliki sebuah kereta proton 'wira'.
2. Setiap perajurit adalah juga perwira negara.
3. Adakah Hang Tuah itu seorang wira bangsa Melayu?
4. Lebih baik berwirakan anak bangsa sendiri daripada berwirakan PATI.
5. Datuk Chung Wei adalah wira sukan bandminton negara yang disayangi RM.
6. Sewira-wira Mat Indera, wira lagi Mat Sabu yang dapat mengejutkan prof2 kangkung hingga terlatah mengatakan 1Malaysia ini tidak pernah dijajah Inggeris. Habis kita merdeka dari cengkaman Inggeris dan menurunkan Union Jack tu apa sejarahnya pulak?

maafkan kami - AHM (Ustaz merangkap Cikgu BM dan Sejarah, 5 buah SMK sebelum bersara Med Board).