Minggu, 24 Mei 2009

Gututkaca pun Tertipu.


Tidak kira benar atau salah penipu sering dijadikan wira jika menguntungkan sesebuah negara atau bangsa. Gopal Baratham, penulis Singapura yang pernah memenangi Seawrite Award 1991 pernah menghasilkan cerpen yang berjudul, ‘The Personal History of an Island’ yang mendedahkan kebenaran tentang sebuah pulau yang kononnya dijumpai oleh seorang tokoh Inggeris yang terkenal, tetapi sebenarnya didapati secara penipuan. Yang kena tipu ialah sultan, di sini disebut ‘Malay Sultan’. Ini kerana pulau ini kata penulis, ‘It belonged to a Malay Sultan.’ Sultan ditipu oleh Inggeris dengan membayar harga yang begitu rendah untuk sebuah pulau yang sangat berharga.
Dalam penulisan sejarah moden pulau itu, terakamlah nama orang Inggeris ini sebagai orang yang penting. Bukan sebagai seorang penipu.
Begitulah banyak kisah dalam dunia benar ini wira muncul dan diagungkan kerana kehebatannya menipu, membunuh dan merompak. Sebaliknya orang yang memperjuangkan kebenaran dilabel pula sebagai pengkhianat.
Nampaknya kebatilan sudah mengatasi kebenaran. Kebenaran menang hanya ada dalam dongengan sahaja.
Watak Gututkaca dalam Hikayat Pandawa Lima, tentu semakin sukar menentang musuhnya dari puak Kaurawa kerana mereka bukan sahaja kalah kerana buah dadu, tetapi dewa benar juga sudah tidak menyebelahinya. Agaknya inilah versi baru ‘Wayang Purwa’ dalam dunia realiti.
Gututkaca yang terbilang sakti telah dilemahkan dengan cara tipu helah moden iaitu dengan kuasa ….

4 komentar:

Azhar Salleh mengatakan...

Salam TUAN HAJI,
Menarik entri ini. Kita telah kehilangan sebuah pulau akibat kejahilan. Penipuan sekarang sudah menjadi lambang keangkuhan! Lihatlah realiti sekarang. Penipuan menjadi-jadi! Tetapi, yang sedihnya, yg menipu dan tertipu adalah bangsa sendiri! Namun, rasa-rasanya, rakyat tidak mungkin tertipu dua kali. Saya teringat satu falsafah, Kalau seseorang itu terjatuh di tempat yang sama dan atas sebab yang serupa, bodohlah dia!

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Azhar,
Bab ini kita kena ekstrem. Jangan berlaku lagi kehilangan. Dulu hilang pulau takut-takut nanti hilang bahasa.

Zulaiha Paikon mengatakan...

Ayahanda,
Penipuan ada di mana-mana. Kekadang tanpa disedari kita selalu menipu diri kita sendiri.Tunggu penipu diketemukan dengan tipuannya, barulah tahu langit tu tinggi atau rendah.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Zulaiha,
Tentang tipu diri sendiri tu..biasanya diri sendiri juga yang rela ditipu.hehe