Selasa, 05 Mei 2009

Penyakit Orang Melayu.

Ketika menziarahi blog teman-teman saya tertarik dengan isu yang diketengahkan tentang penyakit orang Melayu. Pertama blog ‘Madah Muslimah Melayu’, yang menyentuh tentang Melayu yang dikaitkan dengan dadah, jenayah sosial dan juga masalah murtad. Blog sterusnya, ‘kayangdailypost’ menyentuh tentang remaja Melayu yang suka merempit.
Bagi saya ada lagi satu penyakit orang Melayu, iaitu suka berhibur. Lihat saja Media dan TV. Ada saja berita hiburan. Lebih-lebih lagi dengan adanya acara anugerah seperti Anugerah Berita Harian, Anugerah AIM, Anugerah ‘One In a Million’. Sebelum ini ada Akademi Fantasia yang sudah masuk ke minggu-minggu terakhir. Anugerah Juara Lagu. Bintang RTM juga sedang berjalan. Bintang Klasik Nasional juga sudah bermula. Ada lagi program ‘Mentor’. TV 3 pula sibuk dengan Jom Heboh, tidak kurang juga aktiviti hiburan di tv 9.
Hiburan tidak salah, tetapi terlalu banyak hiburan menyebabkan kita akan menjadi leka.
Apa nak jadi dengan warga Malaysia. Terutama orang Melayu.
Jadi lengkaplah sudah pakej yang ada pada Melayu. Belum lagi masuk bab politik. Bila orang Melayu berpolitik, tak habis-habis dengan politik wang.
Ada dua benda sahaja yang menjadi idaman orang Melayu. Satu nak jadi artis. Kedua nak jadi ahli politik. Kedua-duannya menjanjikan sesuatu. Apa dia? Fikirlah sendiri.

5 komentar:

Marniyati mengatakan...

Benar. Memang Melayu sukakan hiburan. Buktinya mudah. Dalam karnival Jom Heboh, peratusan pengunjung tertinggi adalah Melayu (saya merujuk fakta ini dari TV3 kerana saya tidak pernah menghadiri karnival ini, hehe)..

Sepatah kata seorang sahabat, "Mudah sahaja hendak bunuh orang Melayu. Letupkan lokasi Jom Heboh atau mana-mana stadium yang sedang mengadakan konsert! Pasti yang mati itu ramai orang Melayu."

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Salam,
Marniyati, yang saya hairan mengapa ulama kita membisu sahaja. Malah takut untuk menyentuh hal-hal hiburan ini. Kalau ada pun cuma secara tidak bersungguh-sungguh.

Azhar Salleh mengatakan...

Salam TUAN HAJI,
Selamat bertemu kembali di legar maya. Tentang entri kali ini, telah banyak dibincangkan dalam pelbagai wahana, termasuklah melalui media massa. Selagi bangsa Melayu disuapkan budaya Zon Selesa, selagi itulah bangsa ini tidak akan berubah. Saya percaya jika konsep meritokrasi dilaksanakan sepenuhnya dalam semua aspek termasuk pendidikan dan ekonomi, akan mungkinkah ranap zon itu? Dan tentang ulama dan umarak yang membisu, saya lihat Mufti Perak telah pun menghukum Jom Heboh sebagai haram tetapi berduyun-duyun orang Melayu pergi juga! Salah siapa sebenarnya? Kita tidak perlu menuding jari kepada sesiapa kerana pada ketika Jom Heboh diadakan di Teluk Danga, saya ada pilihan; pergi atau tidak, dan pilihan yang dibuat tidak ada desakan daripada mana-mana pihak. Demikianlah adanya...bangsa Melayu yang pernah dilabelkan oleh orang Barat sebagai antara bangsa termalas di dunia! (Dr. HM Tuah Iskandar).

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Salam,
Buat Sdr. Azhar. Menyentuh tentang Melayu malas, sebenarnya saya kurang setuju. Pendapat orentalis tentang Melayu sebenarnya lebih kepada prejudis kerana orang Melayu menentang mereka. Lihat saja orang-orang Tua kita dulu bangun pukul empat pagi untuk menoreh getah. Kalau yang bersawah begitu juga pagi-pagi lagi sudah ke bendang hingga asar baru balik. Begitu juga nelayan, subuh-subuh sudah bertolak ke laut esok petang baru kembali ke pantai.
Berbanding dengan orang Cina misalnya, mereka hanya duduk di kedai menunggu pelanggan. Barang jualan juga dihantar oleh pemborong. Mereka untung atas angin sahaja.Cuma mereka telah merasa keperitan dan penderitaan semasa mula-mula datang ke Tanah Melayu. Tapi nasib mereka baik kerana mereka berada di kawasan yang sesuai untuk berniaga. Mereka bertumpu ke bandar-bandar. Sedang orang Melayu tetap berada di kampung.

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
Saya amat bersetuju terutama kata-kata... 'Kedua nak jadi ahli politik.'
Dan itulah "perjuangan murni, suci, dan kudus Pemimpin Utama Pejuang 1Malaysia" kini... hehehe...