Kamis, 16 Juli 2009

Hadiah Sastera Darul Ta’zim Johor.


HSDT mula diadakan pada tahun 1996 (dua tahun sekali). Kini telah melangkah kali ketujuh diadakan oleh kerajaan Negeri Johor. Rasanya negeri Johor konsisten dalam memberikan penghargaannya kepada para penulis. Tahniah kepada kerajaan Negeri Johor. Nampaknya pembangunan holistik yang diuar-uarkan oleh YAB Menteri Besar bukan setakat gendang kosong. Yayasan Warisan Johor (YWJ) dipertanggungjawabkan mengendalikan anugerah ini yang sangat bermakna kepada perkembangan persuratan di negeri ini.
Apa yang menarik hasil karya pemenang-pemenang HSDT ini biasanya diantologikan (terutama karya eceran). Setakat ini sudah enam antologi telah diterbitkan sejak tahun 1999:

1. Rel Waktu – HSDT 1 ( YWJ:1999)
2. Hujung Tanah – HSDT II (YWJ:2001)
3. Rimba Perkasihan – HSDT III (YWJ:2003)
4. Kasih Itu Kesabaran – HSDT IV (YWJ:2005)
5. Gapura Merdeka – HSDT V (YWJ:2007)
6. Kidung Akarku – HSDT VI (YWJ:2009)

7 komentar:

Nimoiz T.Y mengatakan...

Tahniah kepada semua pemenang. Tahniah kepada YWJ. Saya datang majlis HSDT dan Kolokium Penulis Johor di DBP sebagai pemerhati luar. Semoga YWJ akan terus dengan kelangsungan untuk HSDT ke-8 2 tahun lagi.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Nimoiz T.Y,
Terima kasih kerana sama-sama hadir untuk meraikan majlis HSDT. Maaf kerana saya tidak dapat mengenali saudara. Hanya tahu nama, tapi belum pernah rasanya bertemu orangnya.

Zulaiha Paikon mengatakan...

Ayahanda,
Tahniah meraih dua anugerah malam itu. Saya khusyuk menyaksikannya di belakang, tumpang bangga atas pengiktirafan tersebut. Memang 'Keris Sebilah Itu' harus diangkat ke persada sastera. 101 puisi yang termuat dalam antologi itu cukup mantap dari pelbagai segi. Semoga ayahanda terus diberikan kekuatan, kesihatan dan ilham untuk berkarya.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Zu,
Laa, tak perasan pula ayahanda Zu ada bersama malam tu. Lepas jamuan lama saya berdiri di ruang legar belakang dewan, tak nampak pun.
Walau bagaimanapun terima kasih kerana sudi hadir sama- sama meraikannya.

Zulaiha Paikon mengatakan...

Ayahanda,
saya balik cepat. Masa tarian zapin, suami ajak balik. Datang pun lewat. Tepat pukul 9.00 malam, baru tiba. Ada road blok lama sangat jem. Banyak juga kekangannya masa nak pergi, tapi hati meronta-ronta nak pergi juga. macam tahu-tahu je ayahanda naik pentas. Tup...tup.... memang betul! Dapat ambil aura ayahanda jadilah..... buat menambah semangat berkarya.

ideamenulis mengatakan...

Tahniah Tn Hj!

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Zu,
Ayahanda kagum dengan semangat Zu, meskipun sibuk dengan tanggungjawab sekolah dan anak-anak tapi Zu tetap ada kesempatan untuk menulis. Adakan juga masa untuk membaca, meski sehelai novel sehari.
Masa bertugas dulu saya pun sibuk, ada novel yang mengambil masa 5 tahun baru habis dibaca.

Ustaz Zul (ideamenulis)
Terima kasih atas ucapan tahniah.