Senin, 20 Juli 2009

Memetakan Arah Perjuangan

Hadiah Sastera Darul Ta'zim (HSDT) sebenarnya dapat mempertemukan saya dengan kebayakkan penulis Johor, yang datang kerana menang hadiah dan juga ada yang datang semata- mata untuk meraikan teman-teman yang menerima hadiah. Semasa berbual-bual dengan mereka sempat juga saya bertanyakan pendapat mereka tentang tip-tip dalam penulisan.

Seorang penulis vetran menyatakan kepada saya, kebanyakan penulis menulis mengikut keadaan semasa. Terutama yang menulis untuk media. Kalau bulan Ramadan banyaklah yang menulis tentang kehebatan bulan Ramadan. Begitu juga bila musim-musim sambutan hari kemerdekaan, hari raya, tahun baru dan musim perayaan lain.

Kemudian timbul pula isu-isu seperti kematian seseorang tokoh. Ramailah penulis ambil kesempatan. Seperti kematian Micheal Jackson. Begitu juga kalau ada malapetaka seperti tsunami dan gempabumi maka banyaklah sajak yang ditulis.

Penulis bermusim ini memang sering kelihatan karya mereka tersiar di akhbar-akhbar dan majalah.

Saya teringat nasihat Dr. Anwar Ridhwan dalam ucap utama semasa perhimpunan penulis muda Malaysia 2009 anjuran PENA dengan kerjasama DBPWS dan Majlis Bandaraya Melaka pada 22 Mei lalu di Air Keroh Melaka. Beliau menyatakan penulis muda seharusnya dapat memetakan arah perjuangan seninya, katanya‘Jika penulis mengarang kerana nama, namanya akan dikenali tetapi akan hilang begitu sahaja. Jika penulis menulis kerana wang, wang akan habis dalam waktu terdekat, jika tujuan pengarang mengarang hanya untuk seni, maka ia hanya mengangungkan seni yang relatif. Tetapi jika dia mengarang kerana menggunakan bakatnya untuk pendakwah seni dan mengandung ilmu, karyanya akan menjadi lebih bererti.’
Saya sejak dulu lagi saya cuba menyatakan kepada diri saya, bahawa saya adalah guru, saya adalah pendidik. Kalau saya menulis saya akan menulis untuk mendidik diri saya dahulu dan bila karya saya disiarkan saya harap tulisan saya dapat juga dihayati oleh pembaca. Saya akan terus menjadi guru yang suka menulis. Jadi soal kerana nama, kerana wang tidak timbul. Biarlah orang lain terkenal, biarlah karya orang lain diperkatakan, biarlah orang lain menang hadiah. Saya akan terus menulis. Kalau karya kita dihargai, Alhamdulliliah. Kalau karya kita menang, Alhamdulillah. Yang penting saya akan terus menulis.

4 komentar:

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
1. Tahniah atas kejayaan 'Keris Sebilah Itu'.
2. Diharap buku antologi 'Melihat Kesunyataan' dijenamakan semula dalam bentuk yang lebih baik dan bermutu (bermutu kulitnya serta jenis kertasnya, foto kulit dan reka letak - isi puisi dalamnya harus kekal kerana tahap mutunya tidak boleh disangkal lagi).

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Rusdi,
Terima kasih atas ucapan tahniah.
Cadangan untuk menerbitkan semula 'Melihat Kesunyataan' itu dalam bentuk yang lebih baik akan saya usahakan. Cadangan yang baik tu.

Nazhatulshima N mengatakan...

Sekalung tahniah juga dari saya!

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Nazhatulshima,
Terima kasih. Pak Lang harap Nazhatulshima akan terus menulis, terutama puisi.