Minggu, 19 Juli 2009

Sesat Di Belukar Perasaan

Ini bumi tandus simpati
setiap ketika orang mengusung keranda sengketa
telah dikebumikan kemanusiaan itu
telah ditalkinkan hak asasi
telah ditabalkan kemenangan kebatilan

Setiap saat
kita tersesat
di belukar perasaan
di bakar kekecewaan

Ini bunga amarah berkembangan mekar
ini debu-debu angkuh enggan bersimpuh
keberanian tumbang dalam kekalahan menyerah
makna duka tertulis di depan mata. Luka.


Shapiai Muhammad Ramly
Sri Wangsa, Batu Pahat, Johor.
Berita Harian, Sabtu 18 Julai 2009.

6 komentar:

Zulaiha Paikon mengatakan...

Ayahanda,
Salam puisi. Dah lama tak berjaya buka blog ayahanda, tiba-tiba hari ini disambut dengan "Sesat Di Belukar Perasaan". Kalau tidak, pasti saya sesat di mana-mana. Tahniah! cukup menarik dan hebat pemilihan diksinya.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Zu,
Terima kasih.
Saya dah baca novel Zu tu, tapi tak semuanya. Ada bab yang hilang. Walau bagaimanapun saya berpendapat novel itu baik, dan sesuai untuk dihantar ke peraduan Menulis Novel Fiksyen Sains Utusan.

Azhar Salleh mengatakan...

Salam TUAN HAJI,
Tahniah! Bahasa puisi tuan haji menyentuh naluri. Insya-Allah, akan saya "bertarung" dengan puisi-puisi tuan haji, suatu hari nanti...

typeace mengatakan...

Tuan,

Orang-orang Kaherah berbangga ada seorang pengarang seperti Tuan yang mengenal dunia puisi dengan pena dan hati.

Zulaiha Paikon mengatakan...

Ayahanda,
Terima kasih kerana sudi membaca karya picisan saya. Kalau ayahanda kata begitu, saya akan cuba hantar. Tak menang pun tak apa, asal ada orang yang baca. Yang penting, dalam sejarah hidup saya selaku penulis pinggiran, saya bersyukur kerana buat pertama kalinya dapat menyiapkan sebuah novel. Terima kasih atas dorongan dan semangat.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Azhar,
Terima kasih. Saya pun masih belajar lagi, terutama dalam bidang penulisan. Saya hanya guru biasa.

Syafiq,
Terima kasih kerana sudi mengikuti perkembangan sastera di Johor meski berada jauh di Mesir. Melalui typeace dapat juga saya mengikuti kegiatan pelajar-pelajar di sana. Saya dapati tulisan-tulisan Syafiq juga menarik. Teruslah menulis, saya akan sentiasa berkunjung.