Dalam Astro Awani terdapat perbincangan yang menarik tentang pendekatan ahli politik semasa menyambut hari raya. Ahli panel terdiri daripada Datuk Ismail kijo, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen PAS Parit dan YB Yusmadi Yusof Ahli Parlimen Balik Pulau, Pulau Pinang.
Apa yang menarik apabila ketiga-tiga ahli panel bersetuju pada dasarnya bahawa rumah terbuka perlu bebas daripada fahaman politik. Sepatutnya pada hari baik bulan baik ini kita melupakan segala fahaman politik, kita boleh duduk semeja bermaaf-maafan. Malah YB Yusmadi mencadangkan pula agar wakil rakyat sendiri turun padang untuk bertemu rakyat pada hari baik bulan baik ini. Bukan setakat menunggu di rumah sahaja dengan mengadakan rumah terbuka. Memanglah katanya dia sendiri tidak akan mampu berkunjung ke semua rumah pengundi di kawasannya, tetapi mungkin boleh difikirkan buat secara kelompok dan wakil rakyat pula datang berkunjung dan berziarah.
Apa yang jelas sekarang ini kita masih lagi dapat melihat bahawa masih ada majlis-majlis rumah terbuka yang mengehadkan pengunjungnya kepada fahaman politik tertentu sahaja. Kalau orang UMNO maka untuk orang UMNO sahajalah, begitu juga jika rumah terbuka orang PAS dan KEADILAN maka kehadiran tetamu boleh kita lihat adalah terdiri daripada penyokong-penyokong mereka sahaja. Begitulah senario politik di negara kita masih belum matang, sampaikan untuk sambutan hari raya pun masih tidak dapat membebaskan diri daripada ideologi politik masing-masing.
1 komentar:
Salam Tuan Haji,
Lumrah nya begitulah bagi orang-orang melayu kita. Bagi bangsa asing, ketika menyambut Tahun Baru, ketika itu semua bangsanya bersatu hati, tak kira MCA, DAP, Gerakan, duduk semeja. Begitu juga bangsa lain di negara kita yang lain. Hanya Melayu sangat sangat ketara tentang fahaman politik, seolah kalau boleh kubur pun nak di asingkan.Yauyauzubilah!!!
Posting Komentar