Kamis, 03 September 2009
Kelebihan Solat
Dalam ‘MHI’ TV3 hari ini menyiarkan wawancara Abby dan Fazidul dengan tiga orang tokoh akademik dari Jabatan Kejuruteraan Biomedikal, Fakulti Kejurteraan Universiti Malaya, iaitu Prof Wan Abu Bakar, Prof Madya Dr. Fatimah Ibrahim dan En Ng Siew Cheok yang mengkaji kelebihan solat dari sudut kajian sains. Dalam hasil kajian itu Dr. Fatimah yang mengkaji tentang kesan terhadap degupan jantung dan kalestrol mendapati bahawa orang yang solat dengan kedudukan yang betul akan dapat mengurangkan kadar kalestrol dalam badannya. Beliau mengkaji tentang komposisi tubuh semasa seseorang itu duduk antara dua sujud baik semasa tahiyat awal dan juga semasa tahiyat akhir. Bagi aktiviti rukuk yang betul iaitu dengan kedudukan 90 darjah pula didapati 90% memberi kesan kepada pemulihan sakit jantung.
Prof Wan Abu Bakar pula yang mengkaji tentang aktiviti otot dalam badan juga mendapati bahawa dalam kajiannya, seseorang yang mengerjakan solat akan dapat memelihara dirinya daripada sakit-sakit sendi dan tulang belakang.
Begitu juga bagi Ng Siew Cheok seorang pensyarah yang menumpukan kajiannya terhadap isyarat otak juga menyatakan ada kesan yang ketara terhadap tahap ketenangan seseorang yang mendirikan solat dengan betul dan sempurna.
Kajian mereka itu telah pun dibukukan dan telah berada dipasaran sejak tahun 2008 lagi.
Oleh itu sempena bulan Ramadan yang mulia ini sama-samalah kita merebut pahala solat disamping dapat menjadikan solat sebagai terapi. InsyaAllah.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
2 komentar:
Penemuan yang sangat menarik... kita berharap agar keindahan Islam yang terbukti benar itu dapat dijelaskan seterusnya dengan kajian saintifik... kerana yang benar itu tetap benar...
Fadzli,
Kajian-kajian begini perlu didedahkan dalam media sebagai salah satu cara kita berdakwah.
Posting Komentar