Senin, 07 September 2009

Kita Masih Terus Membunuh Hang Nadim

Bila Hang Nadim dibunuh, fitnah menguasai pemerintahan. Berlakulah hukuman yang tidak adil. Pintu kota pun dibuka kepada musuh. Kerajaan pun kalah. Sultan pun melarikan diri. Negeri baru dibuka. Berlaku lagi pembunuhan-pembunuhan Hang Nadim. Negeri kembali dikuasi oleh pemimpin dan penasihat yang lemah. Fitnah dan rasuah berleluasa. Musuh datang lagi. Negeri kalah dan sultan berundur lagi.
Begitulah sejarah akan berulang berkali-kali. Hingga kini kita masih membunuh Hang Nadim. Kita masih memperluas fitnah. Kita masih menghukum dengan berpandukan kuasa politik. Kita tidak pernah serik. Jika kali ini kita kalah, ke manakah lagi kita akan lari untuk membina sebuah negara baru?
Inilah satu-satunya Negara kita. Ke manakah lagi kita akan pergi jika berlaku ketidakstabilan. Macam negeri Sadam. Bila musuh datang menyerang, dia hanya dapat lari ke dalam lubang. Akhirnya ditangkap dan dibicarakan oleh mahkamah asing.
Begitulah, bila Negara dikuasi oleh orang-orang yang lemah. Inilah yang akan terjadi.

4 komentar:

Marniyati mengatakan...

Salam.
Lebih menyedihkan apabila hanya kita sahaja yang bakal mempertahankan tanah air tercinta. Bukan mereka yang bergelar pendatang - yang hanya tahu mengaut keuntungan dan kekayaan tanpa secebis rasa cinta pada tanah ini.

sahrunizam mengatakan...

Salam,

Sekurang-kurangnya Saddam ada juga terowong bawah tanah untuk lari. Kita langsung tak punya itu. Ke mana agaknya kita mahu lari ya?

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
Apakah benar mitos yang menyatakan jika bertukar pemerintah maka negara akan tergadai, atau hanya sekadar propaganda kosong yang agak sempit pemikirannya?
(Maaf Tn. Hj. sekadar berbeza pandangan insan kerdil ini... hehehe...)

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Marni,
Sebab itulah kita mestilah menjadi bangsa yang kuat. Bangsa yang kuat mestilah bangsa yang bersatu. Perbezaan pendapat harus dihargai bukan dimusuhi.

Sahrunizam,
Nak lari ke Indonesia? Mereka sendiri tidak menerima kita. Asyik menyalahkan kita sahaja. Macamlah kita bukan datang satu rumpun yang sama.

Rusdi,
Banyak cara kita menggadai negara. Macam pulau yang kita lepaskan itu. Kalau tidak hati-hati apa saja boleh berlaku.