Mereka telah lama menderita. Derita dijajah lagi. Selalu pula diberi gempa. Sekali dulu diberi juga tsunami. Sebab itu mereka mudah terasa. Bangsa yang mudah terasa sanggup buat apa saja. Selama ini pun mereka sanggup meredah lautan. Biar bergelora, biar disumbat ke penjara dan disebat mereka tetap tidak putus asa. Begitulah semangat mereka untuk hidup. Semangat untuk hidup yang berkobar-kobar ini selari pula dengan semangat kebangsaan mereka. Jangan cuba-cuba memperlecehkan negara mereka, mereka sanggup mati kerananya. Begitulah hebatnya orang Indonesia.
Saya masih ingat selepas konfrantasi dulu, kita telah menghantar duta budaya kita ke sana, dengan tujuan untuk bersilaturrahmi. Rombongan budaya itu membawa beberapa orang penyanyi seperti Rafeah Buang, S.M Salim dan Jamal kerdil. Kita bawa juga penari-penari zapin dan kita buat persembahan di sana. Selepas persembahan media di sana mengkritik habis-habisan persembahan kita yang tidak asli itu. Kita mempersembahkan balik budaya mereka. Mereka menyindir. Hinggakan nyanyian Jamal Kerdil, yang menyanyi lagi Beng Slamat dengan suara mirip-mirip Beng Slamat pun dikritik. Apa lagi tarian zapin yang seada-adanya itu yang sebenarnya adalah berasal dari tarian Indonesia juga. Kalau ada pun yang menarik hanyalah nyanyian Rafeah Buang, itu pun kita tidak tahu malu kerana membawa penyanyi Singapura dan mengakunya sebagai penyanyi Malaysia (Ketika itu Rafeah Buang masih belum menjadi rakyat Malaysia). Mereka namakan persembahan kita itu sebagai “Rayuan Ibu Sekandung’.
Rupanya sampai sekarang isu ini tak habis-habis dicanang oleh pihak media Indonesia. Beberapa buah TV utama Indonesisa juga menjadikannya sebagai isu mencabar maruah mereka. Kita dilihat sebagai pencuri dan penciplak. Hinggakan isu makanan seperti ‘rendang’ pun kita dituduh tidak tahu malu mengaku sebagai makanan tradisi kita. Isu ‘batik’ juga menyentuh kemarahan mereka. Batik itu mereka punya. Mengapa kita mengaku sebagai pakaian tradisi kebangsaan kita. Hingga dalam sebuah blog mereka menamakan kita sebagai Malingsia atau ‘Maling Asia’.
Saya cuba menjawab tuduhan blog tersebut dengan menyatakan bahawa tradisi membatik di Malaysia sebenarnya telah lama beroperasi di Malaysia, terutama di Kelantan dan Terangganu. Sebagai bangsa yang mempunyai rumpun yang sama sudah tentulah budaya kita akan kelihatan sama. Jadi soal siapa mencuri siapa tidak timbul. Jawapan ini menyebabkan ada yang marah-marah dan menjawab dengan menyatakan (saya petik sepenuhnya); ‘Semua warga negara bukan cuma warga indonesia pasti akan marah bila haknya diambil. Begitu juga saya waktu pertama denger salah satu budaya kita diambil malaysia, aku berfikir klo bisa bikin bom atom pasti negara yang bersangkutan mau saya bom. Itulah pikiran yg pertama terlintas dalam benak saya. Apalagi malaysia sudah menginjak- injak harga diri Indonesia dengan berbagai hal dari tki/tkw truz banyak hak kita yang dirampas adalagi wasit jadi ajang latihan tonjok. Truz apakah kita akan diam. Klo kita diam kita akan makin di lecehkan. Seakan- akan kita takut sama mereka. Takut klo kita lawan mereka kita ga makan kali. Padahal harusnya malaysia mikir klo kita ga kerja untuk mereka mereka ga bakal makan. Jangan diputer balik. Mereka dah nganggap klo tanpa mereka kita ga makan .Seakan-akan kita tuh budak mereka’.
2 komentar:
Tuan Haji,
Memang susah hendak melayan orang yang buta sejarah, terutama sekali belia belia yang lahir tidak mengerti sejarah bangsa. Yang penting dapat upah sudah, itulah yang layak saya perkatakan tentang bangsa nya. Seperkara lagi, adalah wajar penulis-penulis akhbar di sana beratika dalam penulisan nya, tulis yang boleh mengeratkan perhubungan serumpun, bukan semangat bermusuhan sesama rumpun dan jiran tetangga.
Tn Haji Tahir,
Sesuatu yang saya kagum terhadap mereka ialah bagaimana kecintaan mereka terhadap negara. Bagaimana susah pun mereka, mereka tetap bangga dengan negara mereka.
Posting Komentar