Minggu, 10 Januari 2010

Ada Guri Persoalan yang Belum Terpecahkan

Ketika menunggu Mesyuarat AJK PPJ bermula, saya sempat berbual-bual dengan Rosli Bakir, Setiausaha Satu. Beliau adalah Guru Penolong Kanan 1, Sek. Men. Datuk Mohd. Yunos Sulaiman, Pekan Nanas. Beliau juga adalah seorang guru Sastera Melayu yang berpengalaman dan mempunyai pengetahuan luas tentang Sastera Tradisonal Melayu. Bagi beliau fungsi edukatif sastera nampaknya tidak dapat menyeimbangkan dacing pendidikan , seperti masih ada guri kurikulum yang masih belum dipecahkan.

Ketika Haji Khairy bin Haji Halimi, Ketua Dua PPJ tiba bersama isteri, beliau pula lebih menjurus melihat peranan bukan pendidik, kerana beliau adalah pesara Pegawai MARDI yang banyak menghasilkan novel, tapi masih menyimpan ‘guri’ kekesalan kerana ramai yang masih menganggap sastera itu sebagai ‘wadi di dalam guri’ kehidupan.

Ketika Ustaz Ahmad Nawawi, Pensyarah UiTM tiba untuk pertama kalinya menjadi AJK PPJ Negeri, setelah menang dalam pemilihan kepimpinan baru-baru ini, saya dapat merasakan bahawa UiTM juga telah ‘memecahkan guri’ keterpencilannya terhadap dunia sastera. Dengan keterbukaan Prof. Dr. Muhd Kamil (Terkenal dengan buku Trevelog Hajinya), mantan Pengarah UiTM Johor itu punya peranan besar untuk berduel dengan kesalahan fungsional sastera dengan menggalakkan kakitanganya menulis. Kini di UiTM sendiri telah lahir beberapa orang penulis seperti Lee Tan Luck, Ainol Hasanal, Nazhatulshima Naolan, Noraini Ismail dan Ustz. Ahmad Nawawi sendiri..

Ketika Amiruddin Ali , Ketua Satu mempengerusikan mesyuarat kali pertama tahun ini, menyatakan persatuan tetap bergerak di landasan memperkasakan Bahasa dan Sastera di Johor dengan menggariskan beberapa aktivti berskala besar seperti Seminar Kepengarangan Johor (dijangka pada 30- 31 Januari ini). Saya sendiri mengambil tanggungjawab untuk berkontemplasi dengan tugas yang diberikan., iaitu untuk memecahkan guri-guri persoalan yang sering menjadi penghalang kepada kegiatan sastera dan bahasa. Saya diberi tanggungjawab mengetuai Biro Pengembanagan Bahasa dan Sastera PPJ.

Guri di hatiku, masih belum kupecahkan lagi!

4 komentar:

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
1. Menarik latar warna blog yang baharu ini.
2. Rasa-rasanya program pada 30 - 31 Januari 2010 di Kota Tinggi iaitu Malam Puisi Citra Kota Tinggi dan Seminar Pengarang dan Kepengarangan Johor ini juga melibatkan DBPWS serta 2-3 badan lagi di Kota Tinggi.
3. Pada pagi Sabtu lalu (sebelum Cikgu Amir ke mesyuarat AJK PPJ di Pontian) telah ada perbincangan awal saya - Cikgu Amir - Cikgu Amad Bahri - Pegawai PPD Kota Tinggi di Kota Tinggi, manakala pagi tadi saya sendiri kemaskan lagi kertas cadangan bersama Cikgu Amad Bahri untuk dua program itu.
4. Dengar khabarnya Tn. Hj. akan bentangkan satu kertas dalam seminar ini?

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Rusdi yang dihormati!
Memang program 30-31 Januari yang akan diadakan di Kota Tinggi itu melibatkan DBPWS yang selama ini menjadi tunggak kebanyakan aktiviti PPJ. Memang Cikgu Amir ada menyatakannya semasa mesyuarat AJK tempohari.
Memang saya diminta untuk menyediakan makalah untuk dibentangkan pada hari tersebut.

Sham al-Johori mengatakan...

Pak guru,
mari kita pecahkan 'guri' yang menghantui pemikiran sang penguasa yang masih beranggapan bahawa sastera adalah ikan bilis.
Saya sokong sepenuhnya dari kejauhan.
Salam rindu.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Tuan Pensyarah,
Apa yang tuan utarakan dalam bicara Aswani tempohari tentang sastera di sekolah memang menggambarkan hakikat yang sebenarnya. Masyarakat kita masih memandang sepi pada sastera.