Selasa, 12 Januari 2010

Siapakah Bimala?


Tagore mencipta Bimala dalam novelnya, Rumah dan Dunia. Bimala seorang isteri yang dibawa keluar dari dunia rumah tangga, untuk melihat dunia luar yang lebih mencabar. Bimala akhirnya tersepit di antara dua pertentangan pendapat dan faham. Begitulah bagi Tagore,perbezaan pendapat dan pertentangan setiasa wujud selagi kita bernama manusia. Tagore melihatnya dalam konteks gerakan yang lebih ekstrem jika dibandingkan dengan gerakan Ghandi.. Bagi Tagore sebuah rumah adalah juga sebuah negara. Sebuah rumah juga adalah sebuah dunia. Rumah tangga Bimala dan Nikhil tidak terlepas dari campur tangan Sandip, sebagai orang ketiga.

Novel ini membawa kisah pertentangan antara dua fahaman, realisme melawan idealisme. Antara Nikhil yang ideal dengan Sandip yang realis. Nikhil yang Idealis melihat rumah dan dunia dengan penuh kepercayaan kepada isterinya Bimala. Bimala yang tertarik dengan perjuangan Sandip yang progresif akhirnya menjadi alat kepada pergerakan yang lebih mementingkan ‘kemenangan’, meskipun caranya agak keterlaluan.
Begitulah politik. Dunia politik Malaysia juga melihat pertentangan antara beberapa fahaman. PAS dan UMNO bagai Nikhil dan Sandip. PAS terlalu ideal dengan perjuangannya untuk sebuah Negara Islam, manakala UMNO lebih bersifat realis dengan melihat kepelbagaian kaum untuk memerintah. Dalam konteks ini siapakah Bimala?
Bimala adalah bangsa Melayu itu sendiri.

4 komentar:

MARSLI N.O mengatakan...

Salam. Saya datang membaca.

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
Menarik ringkasan dan kesimpulannya. Teruskan dengan entri berbentuk ilmu dan pemikiran sebegini, diri ini suka dan minat membacanya.
Insan yang menyampaikan ilmu dan pemikiran melalui pembacaan dan tafsiran pemikirannya sebeginilah baru kita anggap 'Juara Rakyat'.

Md Nizar Parman mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Walaupun Tuan Haji menyimpulkannya secara ringkas tentang novel "Rumah dan Dunia" ini, tetapi saya berpendapat bahawa novel sangat menarik. Jika dapat membaca novel ini, saya fikir lebih banyak pendapat dan fahaman yang dikemukakan. UMNO dengan PAS? Rambut sama hitam, hati lain-lain, Tuan Haji (tetapi sekarang ni sudah ramai Melayu berambut perang - warna-warni pun ada). Mungkinkah akan lahir satu lagi puak mewakili orang Melayu yang kian sukar diterjemahkan pendapat dan fahamannya?

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Marsli N.O,
Terima kasih.

Rusdi,
Terlalu tinggi rasanya untuk julukan 'Juara Rakyat' tu.

Md. Nizar,
Novel Tagore ini memang menarik untuk dibaca dan memahami fikirannya. Pengarang ini memang berjaya menterjemahkan segala keboborak manusia yang sering berselindung di sebalik status dan kebaikannya.