Senin, 04 Januari 2010

Sukarnya Memilih Kebenaran.


Musashi atau nama penuhnya Miyamota Musashi adalah watak pendekar samurai dalam novel terkenal Jepun karya Eiji Yoshikawa. Novel tujuh siri ini menceritakan kehebatan seorang pahlawan samurai yang berpegang teguh kepada kebenaran. Kadang-kadang dia terpaksa menentang kebatilan secara berseorangan. Malah sampai pada suatu peringkat musuhnya memperjudikan seorang kanak-kanak untuk menjadi perisai menentang Musashi. Puas dia berperang dengan jiwanya bila berhadapan dengan situasi begini. Menyerah kerana tidak mahu mengorbankan kanak-kanak bererti dia tidak dapat menghapuskan kebatilan itu, malah mengorbankan dirinya sendiri. Melawan menyebabkan kanak-kanak itu terbunuh, akan menyebabkan dia dituduh kejam. Mana satu pilihannya?
Dalam perjuangan apa pun biasalah orang yang lemah, pengecut dan jahat akan menggunakan anak kecil atau manusia biasa atau rakyat biasa untuk dijadikan perisai. Kumpulan ini berharap musuhnya akan tewas kerana mengharapkan massa akan menghukumnya. Katalah dia menang menumpaskan orang yang dijadikan umpan itu, orang akan berkata dia dayus kerana hanya mampu menumpaskan seseorang yang bukan lawannya. Kalau dia kalah lagi teruk. Dia akan dimalukan habis-habisan dengan menyatakan bahawa dengan orang kerdil seperti itu pun dia tidak mampu mempertahankan diri.
Inilah hakikat dalam kehidupan kita seharian, hatta dalam politik sekalipun. Sebagai pahlawan samurai, Musashi tetap memilih kebenaran daripada nyawa seorang anak kecil.

5 komentar:

Wahyu Budiwa Rendra mengatakan...

salam tn.hj. yang dihormati. wah, nampak menarik buku ini, tn.hj.

Azhar Salleh mengatakan...

Salam TUAN HAJI,
Teringat Samurai, teringat sebuah lagu XPDC, Bagaikan Samurai.
"Biarkan kudamai, bagaikan Samurai!"
Ya, tuan haji, memang sukar memilih kebenaran, tetapi membuat keputusan; jambatan mana yang perlu dibakar di persimpangan, adalah lebih sukar. Mana haji dapat buku ini?

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Wahyu,
Buku ini sudah lama terbit. Memang menarik untuk dibaca.

Azhar,
Memang untuk damai Samurai menggadai kehidupannya.
Buku ini saya pinjam dari Perpustakaan Sultan Ismail. Ada 7 siri semuanya.

Md Nizar Parman mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Walaupun Tuan Haji menyatakan kandungan buku ini secara ringkas, tetapi kesimpulan yang boleh saya buat ialah kebatilan mesti ditentang, kerana yang haq tetap haq... Ingatlah bahawa syaitan tetap akan menggunakan tipu dayanya untuk mengelirukan manusia.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Md. Nizar,
Sebenarnya banyak yang boleh disentuh dalam novel panjang ini. Tetapi saya ingin menekankan tentang betapa ada sesetengah orang terpaksa menggunakan manusia lemah sebagai perisai semata-mata untuk menang dalam perjuangan.