Minggu, 06 Juni 2010

Rimba Bahasa


Dalam hidup ini seringkali kita tersesat. Jalan raya dan lebuh raya kehidupan terlalu banyak untuk maju ke depan. Semuanya menuju ke destinasi yang kita harapkan. Cuma kadang-kadang kita terlupa mana arah tujuan. Begitulah dengan hidup ini. Gara-gara terlupa tujuan hidup kita sering tersasar arah.

Begitu juga dengan bahasa. Kita sering tersesat dalam rimba bahasa yang kita cipta sendiri. Kita sering tersesat dalam rimba bahasa dunia orang lain. Kita terpaksa memilih satu bahasa dan beberapa bahasa. Kadang-kadang kita kehilangan denai. Lalu berpusing-pusinglah kita dalam rimba bahasa dunia asing.

Kita ada rimba bahasa kita sendiri. Ada fauna dan floranya yang tersendiri. Rimba yang penuh dengan bunga-bunga. Ada kali yang mengalir tenang. Jadi, mengapa mesti sesat dalam rimba bahasa sendiri.

4 komentar:

Md Nizar Parman mengatakan...

Assalamualaikum, Tuan Haji,
Terima kasih kerana menyelitkan nama hamba yang masih kerdil ini dalam rencana DS, Jun 2010.Sesungguhnya hamba amat berterima kasih. Orang kita bukan setakat sesat dalam Rimba Bahasa, Tuan Haji, tetapi kian sesat di mana-mana.... Kasihan orang kita.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Md. Nizar,
Saya berpendapat Md. Nizar juga akan mewarnai dunia penulisan Johor. Apa yang penting, semasa menulis kita jangan terlalu berharap untuk menjadi terkenal begitu cepat. Tulislah kerana kita memang suka menulis.

MARSLI N.O mengatakan...

Sdr, selamat terus berkarya.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Marsli N.O.
Terima kasih. Begitu juga sdr.