Rabu, 04 Agustus 2010

Kisah Guru Lagi.

Ada berita terbaru tentang guru. Dalam berita Perdana TV3 telah dimuatkan sebuah vido klip tentang bagaimana seorang murid menyerang guru. Pada mulanya keadaan agak terkawal kerana murid yang nampak lebih agresif. Saya juga sempat melihatnya dalam fb, dikirim oleh sesorang. Memang pada saya murid itu tidak sepatutnya menyerang guru berkenaan, kerana seorang lagi guru telah pun cuba memujuk.
Apa yang mendukacitakan saya kejadian itu mendapat reaksi negetif daripada Presiden Kesatuan MTUC. Beliau terus menyalahkan guru. Katanya, ‘Melihat kejadian itu, saya menyalahkan guru..’
Sebenarnya sebelum menyalahkan guru elok kita siasat dulu. Jangan terus menghukum. Inilah yang berlaku dalam masyarakat kita. Kita terlalu cepat buat keputusan, hanya melihat sesuatu sepintas lalu sahaja.Video klip itu tidak menunjukkan keseluruhan kejadian. Malah kita tidak seharusnya membuat keputusan bulat-bulat hanya berdasarkan tayangan video klip itu.
Kita juga memahami bahawa pelajar itu mungkin amat kecewa kerana dimarah oleh guru berkenaan tanpa usul pereksa. Sebagai murid juga, dia berhak menyatakannya kepada guru berkenaan. Saya percaya guru berkenaan juga cukup sabar. Beliau memegang rotan, tetapi tetap tidak menggunakannya sampai saat pelajar itu bertindak agresif menyerangnya.
Memang benar sebagai guru kita mesti tahu psikologi murid. Memang buku psikologi karangan orang barat sejak dulu menjadi kitab rujukan kita. Sedangkan dalam Islam, kita sudah ada Al-Quran yang juga banyak memberikan tunjuk ajar kepada kita bagaimana hendak mendidik anak-anak.
Nabi Muhammad SAW sendiri ada menyatakan bahawa jika anak itu sudah mencapai umur 9 tahun ajarilah ia solat, jika sampai umur 10 tahun jika tidak solat rotanlah ia. Ini adalah ajaran pendidikan mengikut Islam. Nabi sendiri menyarankan agar kita merotan untuk mendidik.
Apa yang mendukacitakan kita sekarang, guru tidak sekali-kali boleh merotan murid. Hari ini saja dalam Berita Harian ada berita bagaimana seorang murid yang dirotan telah balik mengadu kepada ibu bapanya. Siap dalam gambar menunjukkan kaki murid itu yang berbekas kerana dirotan.
Saya dulu semasa sekolah darjah empat, setiap hari kena rotan. Kalau tangan saya memang ada bekas, begitu juga kalau di kaki, tetapi saya tidak berani balik mengadu. Saya tahu kalau saya mengadu, saya sendiri akan dirotan oleh bapa saya.
Sehingga sekarang saya tidak pernah membenci guru saya itu, kerana saya tahu beliau melakukannya kerana beliau guru. Bapa saya sendiri pernah memukul dan merotan saya semasa saya kecil. Sehingga kini saya tidak pernah mendendami bapa saya. Saya tahu mereka ada bapa dan ibu saya. Kalau nak dikira marah ibu, tak usah ceritlah, saya rasa sudah berbakul-bakul. Tapi sampai sekarang beliaulah ibu saya. Ibu saya yang saya kasihi.
Berbalik tentang tugas guru, saya sendiri berpengalaman sebagai guru selama 30 tahun lebih. Jadi saya amat mengetahui tentang asam garam hidup sebagai guru. Kalau setakat mengadakan ‘hari guru’ setiap tahun, bukanlah bermakna sudah membalas jasa guru. Jasa guru tidak ternilai. Saya sendiri kadang-kadang berasa kecil hati dan sayu hati apabila jasa guru tidak lebih hanya berupa sebuah anugerah tokoh guru yang diberikan setiap tahun. Tidak lebih daripada itu. Kata guru akan dapat anugerah pingat Dato’ ke jauh sekali, jika dibandingkan dengan artis. Kita tidak mencemburi artis yang banyak menerima anugerah Dato’. Berilah jika sekiranya memang mereka patut dapat, tetapi lihat juga jasa guru yang telah berbakti seumur hidup. Jasa mereka sering dilupai. Mereka adalah tokoh yang tidak pernah didendangkan.

8 komentar:

Md Nizar Parman mengatakan...

Salam ayahanda,
Saya mendoakan rakan-rakan guru tidak patah hati apabila mendengar komentar yang asyik menyalahkan guru sahaja. Inilah padahnya jika semua perkara diletakkan sebagai hak asasi manusia. Jika keadaan sedemikian berterusan, bakal rosaklah generasi yang ada pada masa kini. Maklumlah, terlalu ramai bijak pandai dalam masyarakat kita hari ini yang semakin menyerlahkan "kebengongan" mereka sediri!

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tuan Haji Shapiai,
Khabarnya kini banyak juga *tetapi bukan semua) guru muda (baharu) di sekolah yang minatnya bukan ingin jadi guru tetapi kerana sudah tiada pilihan kerja maka pilihlah jadi guru lalu mutu pengajaran pada tahap mendatar sahaja...? Benarkah...?

Ahmad Nawawi Yaakob mengatakan...

Usah tergesa-gesa menghukum. Baik berlunak dalam hal spt ini. Tidak semudah itu untuk menyalahkan semua orang..

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Salam Md. Nizar,
Saya percaya sebagai guru tentu Md. Nizar sendiri mengalami banyak perkara yang menyukarkan kerana 'kebengongan' masyarakat kini. Cikgu sentiasa diletakkan dalam keadaan serba salah.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Rusdi,
Pemilihan guru agak ketat kerana melalui beberapa tapisan. Bermula dengan peperiksaan, termasuk peperiksaan sahsiah, kemudian temuduga. semasa di IPG diadakan lagi beberapa siri kursus pemantapan sebagai seorang guru. Dalam banyak-banyak tu tentu ada juga yang terlepas. Masa jadi pensyarah dulu saya pernah bertanya seorang pelajar yang sudah ada pengalaman menjadi jurutera selama 5 tahun kenapa berpindah profesion. Katanya kerja guru lebih mudah jika dibandingkan dengan jurutera.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Ustaz,
Betul, kita tidak seharusnya cepat menghukum. Dalam apa juga profesion ada kekuatan dan kelemahannya. Jangan kerana ada satu peristiwa berlaku, habis semua yang menerima akibat buruknya.

lilikmoss mengatakan...

salam encik..saya dah tengok klip video tu dan tak berpuas hati dengan pandangan mutc tu. bagi saya keadaan menjadi begitu sebab timbul ketidapuasaan dan dendam terhadap guru displin tersebut. memang selayaknya guru displin bersikap begitu. bengis. mereka dipaksa mengajar dan menjadi polis disekolah. siapa yang mahu dilantik menjadi guru displin? siapa yang mahu serahkan leher untuk disembelih? bila guru displin menjalankan tugas, pasti ada hal yang terpaksa ditanggung. dibenci, harta dirosakkan dan seluruh keluarga dipulaukan. masyarakat perlu buka mata. guru mengajar dan mendidik supaya anak mereka mempunyai sifat manusia. president mutc tu dulu belajar dengan pokok je. sebab tu dia lebih suka menyalahkan guru....

Melihat Kesunyataan mengatakan...

lilik,
Saya memahami perasaan lilik, kerana kita adalah sama-sama daripada golongan pendidik. Kesan peristiwa itu sungguh-sungguh menyentuh hati nurani kita yang ingin melihat anak-anak didik kita menghormati guru mereka.