Minggu, 24 Oktober 2010

Orang Pencen

Apakah tugas orang pencen? Biasanya gambaran sebenar orang pencen ialah seorang tua yang tidak ada kerja lain lagi, selain berulang alik ke surau atau masjid.
Inilah kesilapan cara berfikir kita orang Melayu. Sehingga bila ada ura-ura untuk melanjutkan umur pencen sampai 60 tahun, ramai yang menentang. Cukuplah.Berilah peluang kepada orang muda. Ramai yang masih menganggur tak dapat kerja. Orang tua biarlah mereka menumpukan pula usia mereka dengan beramal dan pergi ke surau atau masjid.
Berfikir begini adalah suatu kesilapan. Adakah beramal itu hanya untuk orang-orang tua, atau menunggu hari tua baru hendak beramal. Sepatutnya amalan adalah rutin harian kita. Sejak muda hinggalah hari tua isikan hidup kita dengan amalan. Begitu juga dengan pergi ke surau dan masjid, elok dimulakan sejak muda. Jangan tunggu sampai tua. Mana tahu takut umur kita tidak sampai menjamah umur tua, sudah dijemput Allah terlebih dahulu.
Begitulah sejak saya bersara, saya terus bekerja di sebuah penerbitan anak syarikat Yayasan Warisan Johor. Rupanya di sini ramai orang yang telah bersara diambil berkerja kerana biasanya mereka mempunyai pengalaman. Tetapi ada di kalangan anak-anak muda yang bekerja di YWJ tidak berpuas hati kerana mereka ini (Orang pencen)seolah-olah merebut peluang mereka untuk naik pangkat.
Sebab itulah bila saya menyuarakan untuk berhenti kerja, kebanyakan mereka menyuarakan rasa hormat atas keputusan saya itu. Bagi mereka keputusan saya itu sebenarnya memberi isyarat kepada mereka yang lain, yang seolah-olah hendak mati semasa di meja kerja.Bagi saya pula elok saya menulis sepnuh masa, tanpa diganggu oleh beban pekerjaan.
Sekarang saya bebas.Tetapi rutin membaca dan menulis tetap saya utamakan.

7 komentar:

Citra Delima mengatakan...

Salam Tuan Hj.
Terasa pula hati ini pabila membaca cerita yang Tuan sajikan. Insyallah, saya juga mengikuti langkah Tuan Haji. Nanti kalau ada orang muda membaca, dah mulalah nak ambil gambar saya untuk disimpan untuk di jadikan hadiah dan cenderamata...heheheh

mohamadkholid mengatakan...

malangnya saya ada 15 tahun lagi untuk kerja, kalau ikutkan hati tahun depan saya mahu berhenti dah

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Tuan Citra,
Tuan Citra masih kuat, masih bertenaga, masih boleh buat kerja. Tak macam saya, kadang-kadang diserang gaut.

Mohamadkholid,
15 tahun,bermacam-macam kemungkinan. Sekurang-kurang 5 buah novel.

sahrunizam abdul talib mengatakan...

Salam Tuan Haji,

Sekadar makluman. saya dah berpindah ke blog baru.http//szirdina.blogspot.com

Md Nizar Parman mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Orang pencen tetapi pemikirannya tidak pernah pencen...

Azhar Salleh mengatakan...

Salam AYAHANDA SHAPIAI,
Tuan tidak pernah pencen kerana 'mata fikir' tuan terus bekerja menyalurkan pandangan dan buah fikiran untuk kaum muda seperti kami. Ganjarannya jauh lebih besar.

MOHD SHAH IBRAHIM mengatakan...

Salam Haji,
sayang kerana pasti masih banyak yg boleh Haji sumbangkan tetapi apa nak buat.