Biasanya kita diminta merujuk kepada orang yang ahli. Kalau tentang agama, tentulah rujuk Pak Imam, Guru Agama, Tok Khadi dan juga Mufti. Kalau bab pendidikan rujuklah tokoh-tokoh pendidik. Begitu juga kalau bab politik, kenalah rujuk dan bertanya orang politik. Begitu juga soal bahasa rujuklah orang-orang bahasa.
Saya ni bukanlah pandai sangat. Tetapi dalam banyak hal kita mesti akui kebenaran pendapat bijak pandai kita seperti Datuk Hassan Ahmad, Datuk A. Samad Said, Awang Sarian, Tan Seri Ismail Hussein, Prof Abdullah Hassan dan Dato’ Baha Zain. Mereka ini tokoh bahasa dan pemikir. Mereka dulu memang belajar semasa sistem pelajaran Inggeris. Tetapi mengapa merekalah yang terang-terang menentang PPSMI? Adakah mereka ini takut anak-anak muda sekarang lebih pandai daripada mereka. Takut lawan taukeh. Atau mereka ini sebenarnya ada kepentingan diri. Apakah yang mereka dapat dengan memperjuangkan bahasa Melayu? Agaknya mereka dah mengarang buku-buku bacaan atau buku teks matematik dan sains dalam bahasa Melayu. Jadi kalau PPSMI dilaksanakan terus, tak dapatlah mereka jual buku. Tak dapatlah buku-buku mereka jadi buku teks.
Bagi orang-orang politik pula tentu mereka juga tidak ada kepentingan semasa melaksanakan PPSMI( harap-harap begitulah) Mereka memang benar-benar merasakan bahasa bahasa Inggeris penting bagi pengajaran Matematik dan Sains. Memudahkan anak-anak belajar kerana semua istilah dalam bahasa Inggeris. Itu kata mereka. Bila sampai universiti mudah, tidaklah terkial-kial memahami istilah dalam bahasa Inggeris. Itu kata mereka. Mereka juga nampaknya jujur terhadap anak bangsa kita. Sebab mereka melihatnya dari sudut politik??
Biasanya politk menang. Mereka berkuasa dan mereka menentukan dasar dan kita cuma melaksanakan sahaja.
Dalam hal ini nampaknya kita lihat semua orang menuduh pejuang-pejuang bahasa dan cerdik pandai( yang dulu kita iktiraf dan beri gelaran dan pangkat), tetapi kini kita tuduh mereka jumud dan buat kesilapan.
Ada pula yang menyoal kenapa dulu tak tentang? Kenapa hari ini baru terlalak-lalak sampai buat laporan polis? Sebenarnya kalau mereka baca akhbar (bukan akhbar yang menyokong kerajaan), mereka sudah lama memberikan pendapat dan menentang PPSMI, tapi kerajaan buat-buat tak faham. Jadi terpaksalah mereka bertahan dan buat kajian. Setelah 6 tahun barulah, setelah kajian dibuat ke atas pencapaian pelajar-pelajar yang menggunakan sistem ini barulah jelas bahawa sistem ini gagal. Kebanyakan Universiti dah buat kajian dan telah dibentang dalam seminar-seminar. Semuanya menyatakan PPSMI gagal. Macamlah dulu masa kita buat KBSR, selepas enam tahun, didapati KBSR gagal mencapai matlamatnya. Berjuta-juta ringgit kita labur untuk KBSR, kini KBSR habis begitu sahaja.
Sebenarnya begitulah cara orang bijak pandai bekerja. Mereka tidak melalak kosong. Pada mula PPSMI diperkenalkan mereka menentangnya berdasarkan hipotesis, kerana masa tu belum boleh dibuktikan kesannya.
Kesan terhadap penggunaan bahasa Melayu lebih-lebih lagi. Bila anak-anak kita sudah diserap dengan bahasa Inggeris, apakah kita yakin mereka akan dapat mempertahankan bahasa Melayu dalam penggunaan harian mereka. Sedangkan sekarang ini pun, sudah ada pekeliling suruh jalankan mesyuarat dalam bahasa Inggeris di jabatan kerajaan. Adakah kita pasti anak-anak kita akan mati-matian mempertahankan papan-papan tanda supaya mesti dalam bahasa Melayu. Sekarang pun dah nampak kita semakin tidak peduli. Yang menjerit dan melolong supaya bertegas mereka inilah, cerdik pandai bahasa dan pejuang bahasa yang dikatakan jumud itu.
Harap-harap kedua-dua pihak, baik orang politik dan orang bukan politik tidak ada kepentingan yang tersembunyi.
Wahai orang politk berjuanglah untuk agama, bangsa, bahasa dan Negara!
Wahai orang-orang bukan politik berjuanglah untuk agama, bangsa, bahasa dan Negara!
4 komentar:
Sdr. Shapiai, saya masih di Segamat. Mungkin menetap di sini. Isu PPSMI ni memang isu yang merugikan UMNO sebenarnya, bagi saya. UMNO perlu ingat bahawa dua perkara utama yang menjadi nadi dan roh Melayu ialah agama Islam dan bahasa Melayu. kalau dua perkara ini diabaikan, insya-Allah UMNo tidak akan relevan dalam kalangan bangsa Melayu.
Salam Pak Lang
tahniah dengan buku puisi baru!
ya, Cikgu Naim, saya sering jadi pelik dengan pahlawan MELAYU kita yang sedang ghairah memperjuang hak raja MELAYU tapi lupa(kah?) dengan perjuangan bahasanya. atau kita tunggu bila pula raja MELAYU kita bercakap (membela?) bahasa baginda ini.
salam. untuk meningkatkan pencapaian BI lalu diinggeriskan Math dan Sains. adakah lagu tu caranya..
nak supaya pandai berenang, dipaksa makan ikan dan daging itik..
gitu kah?
terima kasih atas sokongan Negeri Di Bawah Bulan tu..boleh buat resensi atau ulasan? silakan.
saya juga nak miliki antologi terbaru sdr.
Sejauh mana pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah2 sekarang berkesan. Yang belajar sebelas tahun di sekolah juga tak pandai2. Patut di perkemaskan sistem pengajaran bahasa.
Salam singgah dari saya, blogger kecil dari tengah badaraya. RMN di blog CelikHuruf
Posting Komentar