Selasa, 24 Maret 2009

Teman-teman Penulis Kelantan

Saya mengenali beberapa orang penulis kelahiran Kelantan, sama ada yang masih menetap di Kelantan atau pun yang sudah berhijrah. Sudah tentu perkenalan ini bermula ketika kami sama-sama menghadiri beberapa pertemuan sastera seperti Hari Puisi Nasional dan Hari Sastera Nasional. Sebelum ini pun saya mengenali mereka melalui karya-karya mereka yang sering tersiar di akhbar dan majalah. Antara mereka ialah Mustafa Jusuh (Allahyarham), Abdul Hadi Muhamad, Abdul Hadi Yusuf, Leo A.W.S, Wadi Leta S.A, Rahimidin Zahari dan Rosli K. Matari.
Di Kelantan terdapat persatuan-persatuan penulis yang aktif seperti PPK, PUSPA, GEMA, PESISIR dan ASWADA. Sudah tentulah persatuan ini bergiat aktif kerana Kelantan adalah satu-satunya negeri yang banyak melahirkan penulis. Mereka ini pula tidak jemu-jemu menulis. Saya sentiasa dikirimi buku-buku kumpulan puisi terutama oleh Abdul Hadi Muhammad dan Leo A.W.S. Dalam koleksi saya terdapat Kumpulan Puisi, ‘Perihal Puisi Kepada Orang’ (Leo. A.W.S), Pemacu Waktu (Leo A.W.S), Ruang Dalam’ (Abdul Hadi Muhamad),’Racun Abadi’ (Abdul Hadi Muhamad), ‘Negeri Di Bawah Bulan (Abdul Hadi Muhamad), ‘Tribulasi’ (Abdul Hadi Yusof) dan ‘Kamar Kecil’ (Antologi Angkatan Penyair Kelantan).
Rosli K. Matari ketika berkunjung ke Johor tidak lupa menghubungi saya. Meskipun dalam kesibukan kami sempat berjumpa dan bersembang-sembang tentang teman-teman penulis Kelantan yang lain. Begitu juga dengan Abdul Hadi Muhamad dan Rahimidin, kami sering mengunjungi blog masing-masing. Dari sinilah kami dapat terus menjalin persahabatan di samping dapat bertukar-tukar fikiran.
Sesungguhnya pada saya mereka adalah teman-teman puisi. Membaca puisi-puisi mereka kita akan semakin dekat dan akrab.

2 komentar:

SATIRA + KACAU mengatakan...

Sdr: Bila pual hendak cipta entri mengenai teman penmulis dari negeri lain?

Ki Kiey mengatakan...

salam ziarah