Sewaktu perang Dingin Amerika-Russia, terdapat kisah perlumbaan di Moscow. Dalam perlumbaan itu peserta Rusia mendapat tempat kedua. Peserta Amerika memotong peserta Rusia di saat-saat sampai ke garisan penamat.
Begitulah gambaran yang boleh mengubah persepsi kita terhadap sesuatu perkara.
Sebenarnya cuma ada dua peserta sahaja yang berlumba. Peserta Amerika tempat pertama dan peserta Rusia tempat kedua.
Begitulah dengan sesebuah berita politik, terutama tentang suasana kempen pilihan raya di tiga tempat yang begitu rancak. Kedua-dua parti yang bertanding menyatakan mereka semakin mendapat sokongan, malah ada berita tentang pembubaran sebuah parti dan mereka pula beramai-ramai masuk parti yang lagi satu.
Berita begini memang sedap didengar untuk satu pihak, sedangkan bagi pihak yang lagi satu akan memberi tafsiran lain pula. Biasalah, inilah yang dikatakan perang psikologi.
Hingga akhirnya apabila keputusan pilihan raya diumumkan, tahulah kita calon dan parti mana yang menang. Sudah seharusnya kita berfikir, terutama bagi pihak yang kalah. Kenapa kalah? Banyakkan bermuhasabah diri. Banyaklah pendapat yang diberikan. Hingga ada rancangan khas mengulas tentang pilihan raya tersebut.
Dalam rancangan khas Astro Awani ada seorang penonton telah memberikan pendapat tentang kekalahan BN di dua bukit itu. Katanya, pengundi di sana cerdik tetapi tidak bijak mengundi. Sepatutnya mereka mengundi BN. Jadi bolehlah dikatakan bahawa pengundi di Batang Ai cerdik dan bijak mengundi sebab itulah BN menang.
Begitulah caranya kita cuba memujuk kekalahan. Pramoedya Ananta Toer dalam novel 'Bumi Manusia' mengakhiri ceritanya dengan kata-kata si anak, 'Kita kalah ma, tetapi kita melawan!'
3 komentar:
(Kutipan dalam komen blog rarws)
Tn. Hj.,
Dalam maksud Tn. Hj. itu... Namun bagi saya semua pengundi cerdik dan bijak sekarang, pengundi bebas untuk mengundi sama ada untuk parti A atau parti B. Pengundi kini telah banyak transformasi serta lebih bijak menilai. Cuma yang hairan... buat, kata dan taburkan apa-apa sahaja tetapi pengundi tetap memilih pihak yang 'teraniaya', kenapa? itulah antara golongan pengundi yang cerdik...
Sebelum pilihan raya, terlalu banyak isu dimainkan khususnya di media saluran perdana yang menghentam pihak bukan kerajaan.
Namun, pihak yang dihentam tetap menang. Jelas, hanya rakyat yang mengundi tahu kisah sebenar yang berlaku di tempat mereka dan merekalah yang menilai dan membuat keputusan (bukan kita yang sekadar mendengar cerita). di mahkamah, 'keterangan dengar-cakap adalah tidak sah. Hehee..
Justeru, mereka adalah pengundi yang cerdik dan bijak menentukan hak dan masa depan mereka.
Rusdi dan Marni,
Sebagai pengundi kita juga harus memilih pemimpin yang bukan sahaja cerdik tetapi juga bijak.
Posting Komentar