Rabu, 01 April 2009

Pelajar-pelajar Iran di Malaysia.


Semasa menghadiri majlis konvo anak saya pada 29 Mac lalu, saya sempat bertemu dan berkenalan dengan seorang pelajar Iran bernama Salman. Beliau pelajar sarjana dalam bidang Kejurteraan Kimia (Petrolium). Semasa berbual dengannya, beliau menyatakan pelajar-pelajar Iran di universiti ini sahaja berjumlah 700 orang. Di Malaysia ini pelajar Iran sudah mencapai 6000 orang di kebanyakan universiti. (Gambar: Salman bersama Abdul Hadi Shapiai)
Katanya dia belajar di sini atas pembiayaan sendiri. Lagi pun katanya di sini murah jika di bandingkan belajar di Amerika, England dan di Eropah.
Rupanya universiti kita telah menjadi pilihan utama bagi pelajar-pelajar Timur Tengah, seperti Iran, Iraq, Arab Saudi dan beberapa buah negera Afrika. Tidak hairan jika kita kebetulan mengunjungi sebuah pusat membeli belah di Tun Aminah, kita akan dapati mereka ini agak ramai.
Menyentuh tentang Iran sudah tentulah mereka ini berfahaman Syiah. Kebetulan saya membaca buku Travelog, ‘Iran- Menyingkap Misteri Bumi Ahmadinejad’. Tulisan Dina Sulaiman. Dalam bab sembahyang ada diceritakan dalam buku ini tentang kebiasaan solat orang-orang Iran yang agak berbeza. Ada setengah tempat, masjid hanya mengadakan sembahyang jumaat sahaja. Untuk sembahyang fardu dilakukan sendiri-sendiri tanpa berjemaah. Malah ada tempat yang mengadakan solat zohor dan asyar berturut-turut dalam satu masa. Begitu juga solat isyak dilakukan selepas solat maghrib.
Begitu juga pada bulan Ramadan tidak ada solat tarawih, kecuali di masjid-masjid mazhab Sunni. Tetapi menjelang malam ke-19, 21 dan 23 Ramadan barulah mereka memenuhi masjid bagi mendengar ceramah, membaca Al-Quran dan mendirikan solat sunat.
Pada sepertiga terakhir bulan Ramadan, selama tiga hari berturut-turut beberapa masjid besar akan mengadakan program Iktikaf, bermaksud mendiamkan diri di masjid. Program ini biasanya dianjurkan oleh kerajaan dengan pembiayaan makan dan minum. Para peserta akan duduk di masjid selama tiga hari dan tidak keluar dari masjid sama sekali.
Jelas sekali mazhab Syiah berbeza dengan mazhab kita di Malaysia yang menganut Syafie.
Dengan kebanjiran orang Iran ini, mungkin sedikit sebanyak orang-orang kita akan terpengaruh dengan mazhab Syiah. Lebih-lebih lagi mereka ini mudah mesra dan suka bergaul dengan orang-orang Melayu. Berlainan dengan pelajar Arab Saudi yang agak sukar untuk bergaul dengan pelajar-pelajar lain.

4 komentar:

Marniyati mengatakan...

Di Universiti Tenaga Nasional, kami juga menerima ramai mahasiswa dari Iran. Mereka memang mudah mesra dan bersungguh-sungguh ketika belajar. Dalam kelas saya (kursus Bahasa Melayu untuk Pelajar Luar Negara), mereka bukan sahaja gigih menguasai bahasa Melayu, tetapi juga bahasa Melayu. Apa yang menariknya, dalam pada saya mengajar mereka bahasa Melayu, mereka juga sentiasa berusaha mengajar saya memahami bahasa ibunda mereka! Hehehe..

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Marni,
Memang benar, Salman belajar bahasa Melayu daripada anak saya. Malah sudah dapat berinteraksi sedikit sebanyak dalam bahasa Melayu.

Melihat Kesunyataan mengatakan...
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.
Saman mengatakan...

First of all thanks to my friend's father(Encik Shapiai Muhammad Ramly)for this very good effort and explanation to introduce some thing about Iranian culture[1-http://www.persia.org/Culture/
2-http://en.wikipedia.org/wiki/Culture_of_Iran]. Yep,Iranian students and Iranian people have found it(Malaysia) very nice place not only for study, also for investment and being here for several weeks for relaxing and visiting all nice places, because malaysian people specially malays(not indians and chineses)are so nice and so hospitable.By the way,i just used google translator to understand this and also thanks to Abdul Hadi Shapiai one of my best malay's friend that i have found here in UTM for a little explanation.
But a i have a complain from Malaysian government that is : saya akan kahwin di sini tapi tah boleh, sabab the government give not the citizenship for who getting married here. ;-)hehehe