Selasa, 12 Mei 2009

Kesengsaraan Isteri atau Kasih Berpindah.


Saya menerima sebuah naskah lama daripada seorang kawan yang diterbitkan pada tahun 1938.Dikarang oleh Suhaimi Ismail, beralamat Sungai Tiram Pulau Pinang. Buku/novel setebal 194 halaman ini bertulisan jawi mengisahkan kehidupan sebuah rumah tangga yang berantakan akibat si suami yang suka berpoya-poya dengan wanita kabret. Merupakan penceritaan kembali kisah Ahmad kepada temannya Syarif. Ahmad yang sudah menyesal bercerita bagaimana hidupnya ditimpa malang kerana seorang wanita kabret bernama Miss Lim. Isterinya meninggal kerana menanggung penderitaan dan dia akhirnya melarat seorang diri.
Sudah menjadi kebiasaan pengarang pada waktu itu untuk turut sama dalam novelnya. Misalnya:
‘Tuan-tuan pembaca patut mengetahui adalah Ahmad tersangat manja ia kepada emak saudaranya disifatkan seperti emak sendiri jadi tiadalah ia berasa segan atau malu sedikit pun kepada Mak Langnya’.
‘Di sini patut tuan-tuan pembaca ketahui ada pun Ahmad sebelum itu berangkat balik kerana bercuti itu ia telah beri ketahui lebih dahulu kepada kekasihnya.’
‘Sekarang patut rasanya kita lihat apa hal Aminah perawan kita yang comel itu.’

‘Tuan-tuan yang bijaksana tentu sedia mengetahui hal keadaan bandar Pulau Pinang yang dikenali juga dengan nama ‘Prince of Wale Island’.

5 komentar:

Sham al-Johori mengatakan...

tuan guru,
rupa-rupanya kes-kes rumah tangga ni dari dulu sampai sekarang 'evergreen'. teruk sungguh masyarakat malasyia ni rupa-rupannya ya.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Sham al-Johari,
Sastera telah mengajar kita banyak perkara. Nampaknya bukan semakin matang. Hatta dalam pergolakan di Perak. Macam pergolakan rumah tangga juga. Bersengketa hanya kerana kerusi kuasa. Macam budak-budak.

MARSLI N.O mengatakan...

Sdr MK: Baiknya Sdr menulis lebih lanjut mengenai novel ini. Maksud saya menulis ke media yang lebih luas seperti Dewan Sastera. Moga temuan Sdr nanti dapat dikongsi bersama dan Sdr nampaknya sudah pun bermula dengan premis itu. Teruskan saya berminat mengikutinya lebih lanjut.

Marsli N.O

ABDUL LATIP mengatakan...

Pergolakan rumah tangga memang sudah berlaku sejak dahulu. Biasanya suami yang menang walaupun akhirnya turut menderita juga. Begitu juga dalam pergolakan kuasa. Biasanya mereka yang berkuasa tidak akan mengaku kalah. Mereka berusaha untuk menang.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Marsli N.O,
Terima kasih atas cadangan itu. Saya masih meneliti beberapa buah lagi naskah novel yang diterbitkan pada tahun 1948 karya Harun Aminurrashid berjudul, 'Cinta Gadis Rimba'(Tulisan jawi), 'Fajar Merah Malaya' oleh Ahmad Bustamam, 'Pemuda Nasional' oleh Abdul Ghani Ishak.

Abdul Latip,
Sesekali dapat membaca karya dalam tulisan jawi seronok juga.