(Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W)
‘Wahai manusia,
dengarlah!
dengarlah apa yang ingin kusampaikan
ini pertemuan terakhir
mungkin tidak akan bertemu lagi
dengarlah!
dengarlah dengan teliti
sampaikanlah!
pesananku ini..
Wahai manusia,
bulan ini bulan suci
kota ini kota suci
jiwa dan hartamu
adalah amanah suci
jangan sakiti mereka,
jika kamu sendiri tidak mau disakiti..
Ingatlah,
kamu akan kembali
untuk hari perhitungan
segala amalmu
Ingatlah
riba itu haram
jangan kamu dibelenggu
olehnya
Syaitan adalah musuhmu
jagalah agama
kamu tidak akan terpedaya oleh perkara besar
tetapi tumpas oleh perkara kecil
Wahai manusia,
isteri adalah hakmu
kamu juga adalah hak isterimu
biarlah kamu saling menyempurnakan hak
berilah mereka pakaian
berilah mereka makanan
berilah mereka kasih sayang
mesrailah mereka
mereka adalah teman
mereka adalah pembantu setia
jagalah mereka
selagi mereka menjaga hakmu
tidak membawa masuk seseorang
yang kamu tidak suka
ke dalam rumahmu
tidak juga berzina
Wahai manusia,
dengarlah
ini pesanan terakhir
sembahlah Allah
solatlah
berpuasalah
berzakatlah
tunaikan haji jika mampu
setiap muslim adalah bersaudara
kamu semua adalah sama
tidak ada yang lebih mulia
selain takwa dan amalnya
Ingatlah,
kamu akan menghadap-Nya
untuk dipertanggungjawabkan
janganlah keluar dari landasan kebenaran
selepas ketiadaanku
Wahai manusia,
selepas ini tidak ada lagi nabi dan rasul
tidak ada lagi agama baru
nilai dan fahamilah kata-kataku ini
aku tinggalkan dua perkara
Al Quran dan sunnah
jika kamu berpegang kukuh
tidak akan tersesat selamanya..
Sampaikanlah pesananku ini
berpesan-pesanlah kepada kebenaran
semoga yang terakhir akan lebih memahami
daripada yang mendengar terus dariku ini
Saksikan ya Allah!
bahawa telah aku sampaikan
risalah ini
kepada hamba-hambamu..’
Dinukilkan kembali,
Shapiai Muhammad Ramly.
Pesiaran CITRA
Johor Bahru.
2 komentar:
salam saudara...
sy mohon kebenaran utk ambil dan ebook kn lontaran saudara ini sbgai simpanan peribadi.
Salam,
Terima kasih kerana sudi menziarah. Puisi ini berdasarkan khutbah Nabi saw yang saya susun kembali, tanpa mengubah isinya. Tidak ada masalah kalau Sdr. Luqman ingin mengambilnya.
Posting Komentar