Rabu, 24 Juni 2009

Masjid Al Gufran


Kebetulan pagi semalam sempat menonton Malaysia Hari Ini TV3 yang menyorot bagaimana sebuah masjid di Pinggir Taman Tun Dr. Ismail sentiasa dikunjungi bukan sahaja sebagai tempat ibadah solat, malah sentiasa menjadi tumpuan orang ramai. Ini kerana jawatankuasa mesjid tersebut mempunyai idea yang kreatif mempelbagaikan aktiviti sehingga masjid mereka sentiasa hidup dan diimarahkan.
Bermula sebagai sebuah surau pada tahun 1993, kini telah dinaik taraf menjadi masjid
hasil daripada sumbangan dermawan dari golongan para koprat. Surau ini telah diubahsuai dan dibangunkan sesuai dengan peningkatan peranannya yang bukan sahaja sebagai surau malah mempunyai kemudahan seperti sekolah rendah agama, kamar musafir, dewan konferen, dewan makan dan bilik mesyuarat.
Sudah sepatutnya kita memikirkan semula bagaimana masjid boleh dijadikan pusat ilmu baik untuk dunia dan juga untuk akhirat.

Saya sempat menjengah blog masjid berkenaan dan memetik sebahagian daripada keterangan tentang masjid tersebut:
Kewujudan Masjid Al Ghufran ini akan menambahkan lagi rumah - rumah Allah yang bukan sahaja berfungsi sebagai masjid untuk pusat kegiatan sosial yang islamik kepada masyarakat, tetapi juga berfungsi sebagai tempat kemudahan yang diperlukan oleh para musafir khususnya dan umat Islam amnya dalam membantu menyemarakkan lagi syiar Islam ke pelusuk dunia.
Selain untuk kegunaan beribadah dan beriktikaf, bangunan ini juga menyediakan kemudahan penginapan, bilik seminar/konferen dan mesyuarah dengan kadar sewa yang terendah serta kemudahan makan-minum untuk para pengguna.
Terdapat 18 kamar musafir (ala hotel) sebagai tampat penginapan bagi mereka yang berkunjung ke Kuala Lumpur untuk melancong, menziarahi sanak saudara, menghadiri majlis perkahwinan, konvokesyen dan sebagainya. Kepada para peniaga, ahli korporat, badan-badan kerajaan dan separuh kerajaan serta kumpulan-kumpulan, kompleks ini sangat sesuai untuk berseminar dan bermesyuarah di dewan persidangan dan bilik mesyuarat yang lengkap dengan peralatan.
Dewasa ini masjid makin bercambah, tetapi kegiatannya cuma wujud untuk waktu-waktu sembahyang sahaja. Selepas itu masjid kembali sunyi. Contohilah masjid Al Gufran ini.

5 komentar:

Wahyu Budiwa Rendra mengatakan...

tn.hj yang dihormati. dah boleh muatnaik gambarnya?

Azhar Salleh mengatakan...

Salam TUAN HAJI,
Sukar untuk kita temukan masjid sebegitu lagi kerana umat Islam asyik mengejar masalah dan nikmat duniawi. Siapa yang hendak beriktikad lama-lama di dalam masjid lagi kalau tuntutan dunia lebih kuat mendesak? Kebanyaka umat Islam di negara ini (malahan di seluruh dunia amnya) telah termasuk di dalam perangkap yang dipasang oleh musuh Islam, menjadikan hiburan sebagai kiblat, menjadikan ekonomi sebagai pendesak, dan akhirnya umat Islam terjerat. Jikalau masjid sebegini ada di setiap kampung dan kota, insya-Allah, bangsa Melayu akan menjadi kuat semula. Namun, apakan daya...

Marniyati mengatakan...

Salam.

Sesuatu yang ironi dalam masyarakat Melayu-Islam ialah, ketika seseorang mahu membeli rumah, mereka akan mencari kawasan perumahan yang ada masjid dan lebih baik jika dapat memiliki rumah yang dekat dengan masjid. Sedangkan hakikatnya, seminggu sekalilah kalau hendak ke Masjid, itupun untuk solat Jumaat! Semoga Allah bukakan pintu hati mereka yang mendengar azan di setiap waktu agar mengunjungi masjid juga di setiap waktu solat. Amin.

Nazmi Yaakub mengatakan...

tuan, masjid ini memang meninggalkan banyak nostalgia kepada saya. walaupun saya bukan orang elit di TTDI, tapi pernah berkampung di masjid ini.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Wahyu,
Dahhhh..ada orang tunjukkan.hehe

Azhar dan Marni,
Sebenarnya imej masjid perlu kita ubah dulu, seperti yang ditunjukkan oleh Masjid Al Gufran itu.

Nazmi,
Saya pun teringin nak menjejak kaki ke sana... melihat kejayaan Al Gufran menarik jemaah mengimarahkan masjid.