Kawan saya dari Singapura sering membawakan saya akhbar Mingguan (Berita Minggu) terbitan Singapura. Dia tahu saya sukakan ruangan Spektra Pena yang memuatkan cerpen dan sajak.
Sambil itu dapat juga saya membaca berita-berita Malaysia dan dunia melalui perseptif wartawan Singapura.
Ada beberapa berita yang menarik untuk dikongsi bersama yang tersiar dalam Berita Minggu, 31 Mei lepas.
Tragedi di Tak Bai:
Tiada salah laku oleh pasukan keselamatan, kata mahkamah Thai. Berita ini dipetik dari Songkla yang berbunyi: Hampir lima tahun selepas insedin Tak Bai yang mengakibatkan kematian 85 penunjuk perasaan beragama Islam, sebuah mahkamah Thai kelmarin memutuskan tiada sebarang salah laku di pihak pegawai keselamatan.
Sebaliknya, pegawai tentera dan polis dikatakan bertindak mengikut undang-undang, menggunakan pertimbangan mereka untuk menangani keadaan yang mendesak dan melakukan yang terbaik berdasarkan situasi ketika itu.
Ada- Ada Saja:
Isteri dipukul dengan tukul besi kerana capati basi di New Delhi.
Berita seterusnya berbunyi: Seorang jurufoto pulang ke rumah untuk makan tengahari, mendapati si isteri menghidangkan sajian capati basi. Apa lagi dia mengamuk memukul isteri dengan tukul besi. Selepas memukul isteri si suami cabut lari. Ini bukan kes buli, tapi kes cubaan bunuh isteri.
(Ayat-ayat di atas saya susun sendiri..hehe)
Pilihan Raya Kecil Dun Penanti:
Polis mula siasat tiga pemimpin PR.
Di Bukit Mertajam polis sudah memulakan penyiasatan ke atas tiga pemimpin Pakatan Rakyat, ekoran kandungan ceramah mereka pada kempen pilihan raya kecil tersebut.
Sementara itu, sekitar 5,000 ahli UMNO dilaporkan tidak akan keluar mengundi hari ini kerana calon BN tidak bertanding.
Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang,…..berkata tindakan tidak keluar mengundi itu boleh mengurangkan kesombongan PKR.
Rebut Jenazah:
Jenazah pengarah seni bebas jadi 'rebutan'.
Di Shah Alam pula terdapat berita kejadian ‘merebut’ jenazah. Kali ini melibatkan jenazah pengarah seni bebas,…
Catatan: Berita-berita di atas saya tidak petik seluruhnya. Nak tau cerita sepenuhnya, carilah sendiri Berita Minggu keluaran 31 Mei. Baca dan ….fikirlah sendiri…
1 komentar:
Tn. Hj.,
Saya juga sesekali jika masuk ke seberang tambak akan membeli akhbar Berita Harian Singapura. Akhbar ini masih utuh walaupun bersaing hebat dengan dengan akhbar berbahasa Inggeris dan Mandarin, juga senang juga memperoleh akhbar dari Kepulauan Riau khususnya di sana. Sesekali juga membeli majalah berbahasa Melayu. Namun di National Library yang berlapis tingkatnya (rasa-rasanya hingga 10-15 tingkat) banyak sumber boleh dibaca.
Posting Komentar