Dia menangis lagi, sayang
di hadapan manusia tak berpendirian
yang tidak tahu bagaimana bersyukur
yang tidak punya jati diri
menjadi peminta di halaman istana sendiri
bukan kerana tongkat di tangan lagi
bukan kerana dijajah sikap pentingkan diri
tapi bahasa yang diagungkan bukan bahasa sendiri
mengurung erti kenal diri
Dia menangis lagi, sayang
katanya, kita akan kehilangan segalanya
kalau masih menjaring
bulan di langit sana.
4 komentar:
Biarkanlah air matanya bercurahan, asalkan anak bangsa tidak keciciran...
Apalah nilainya air mata itu, jika dibandingkan dengan linangan air mata derita jutaan anak kecil yang menjadi mangsa kecelaruan fikirannya...
Saya selalu melihat air mata dalam drama-drama Melayu. Sedih! Sedih!
Tn. Hj.,
Biarkan dia menangis, kita sama-sama 'bahagiakannya' dengan mengundi 'No' dalam blognya biar keputusannya tercatat 99% 'tidak bersetuju' kerajaan menggunakan BM dalam Sains dan Matematik... lalu dia akan ketawa serta gembira mengkhabarkan bahawa rakyat perlukan PPSMI!
Tuan Haji,
Kalau usia dah tua memang mudah menangis, merajuk, kecil hati. Sebaiknya kalau kita dah tua, menangis lah dalam solat ketika menyembah Allah, Nabi kata Allah suka hamba Nya menangis kerana Taubat. Peringatan ini bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri sendiri.
Posting Komentar