Politik adalah kehidupan orang Melayu. Tanpa politik seperti tanpa sambal belacan dalam hidangan seharian kita. Selepas hiburan ialah politik. Lihatlah akhbar-akhbar politik yang begitu banyak di pasaran. Ada Harakah, Keadilan, Siasah dan Wasilah yang terbit setiap minggu. Ini menadakan akhbar-akhbar itu ada peminat, hingga dapat bertahan sekian lama.
Apa yang lebih mendukacitakan bila akhbar perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian juga tidak ketinggalan mengutamakan berita-berita politik. Mungkin alasannya untuk menjawab segala tohmahan daripada akhbar-akhbar nyamuk itu. Sebagai contoh dalam Mingguan Malaysia baru-baru ini dari muka depan, sampai ke ruangan Awang Selamat, rencana, temubual semuanya berbau politik. Sampai muak membacanya.
Adalah lebih baik akhbar-akhbar perdana itu mengehadkan penerbitannya kepada berita-berita pengetahuan, rencana-rencana umum yang dapat menjana pemikiran kita supaya lebih matang. Kalau pun syarikat Utusan ingin menerbitkan berita politik saya cadangkan supaya mereka juga menerbitkan akhbar khas yang lain (bukan Utusan Malaysia), yang seumpama Harakah yang lebih menjurus kepada politik (sudah diketahui Umum Utusan adalah akhbar UMNO). Jadi bebaskanlah Utusan Malaysia dari berita dan rencana politik. Sekurang-kurangnya meredakan kemelut politik yang semakin meruncing dan sukar sekarang ini.
3 komentar:
Tn. Hj.,
1. 2 akhbar harian arus perdana ini laku @ laris kerana berita dan laporan politik.
2. Sokong dengan kenytaan bahawa "Kalau pun syarikat Utusan ingin menerbitkan berita politik saya cadangkan supaya mereka juga menerbitkan akhbar khas yang lain (bukan Utusan Malaysia), yang seumpama Harakah yang lebih menjurus kepada politik (sudah diketahui Umum Utusan adalah akhbar UMNO). Jadi bebaskanlah Utusan Malaysia dari berita dan rencana politik."
3. Persoalannya:
i. Mengapakah akhbar Utusan Malaysia tidak menerbitkan akhbar khas tentang politik seperti Harakah, Suara Keadilan dan Siasah?
ii. Apakah Utusan Malaysia dan Berita Harian bimbang tidak laku dan laris seperti akhbar politik yang lain (walaupun ada permit tetapi sering diancam)?
iii. Mengapakah akhbar Harakah, Suara Keadilan dan Siasah amat laku dan laris (hingga payah hendak mendapatkannya)?
Rusdi,
Susah juga nak jawab 3 persoalan itu. Apa yang penting kita seharusnya jangan meletakkan rakyat(Orang melayu) dalam keadaan tidak menentu seperti bersengketa, berhibur dan bergelumang dengan gejala yang tidak sihat. Sedangkan orang lain terus maju meninggalkan kita. Kita macam dulu juga.
Jadi, seharusnya janganlah fikirkan untuuunggg saja.
Tn.Hj.
Saya sangat setuju andainya utusan malaysia dan berita harian tidak lagi memuatkan berita politik. Kerana kebanyakkan berita politik adalah antara bangsa Melayu dengan Melaya diperdebatkan.Bangsa asing kalau berpolitik pun sekadar politik, berniaga tetap sehaluan, melayu kalau berniaga tak pakai bomoh atau kemenyan tak sah. Kalau boleh sentisa dihatinya hendak menjatuhkan kawan sebangsa. Langkah seterusnya tak payah lagi berebut-rebut membaca surat khabar, lebih baik baca majalah dan buku-buku yang memberi banyak ilmu kepada kita. Agaknya kalau setiap pembaca memgubah kearah itu, satu hari nanti barulah mereka sedar tentang apa yang dimaksudkan dalam tulisan tuan.
Posting Komentar