Selasa, 21 Juli 2009

Kidung Akarku


Antologi karya Hadiah Sastera Darul Ta’zim Keenam ini menghimpunkan enam buah puisi, enam buah cerpen, dua esei dan kritikan sastera, sebuah drama radio dan tiga buah karya penulis remaja (bawah 19 tahun).
Tajuk antologi ini berdasarkan cerpen Tiras R. yang membawa persoalan mencari kembali susur galur atau akar keturunannya yang berasal dari salasilah Raja dan Ratu Solo di Indonesia. Penulis bertemu Pak Hendra yang melagukan kembali Kidung ‘Rukeso Ing Wengi’ yang ternyata sama dengan kidung dalam simpanan aruah bapanya. Dengan bantuan Pak Hendra juga Penulis dapat mengesahkan ketulenan salasilah yang terdapat dalam simpanannya, setelah menyemak dan membandingkannya dengan salasilah yang masih tersimpan di Kraton Solo. Cerpen ini menjadi lebih menarik kerana Pak Hendra sebenarnya sudah lama meninggal. Jadi siapakah yang ditemui Penulis dan yang membantunya masuk ke bilik simpanan di Kraton yang sudah lama tidak dikunjungi itu.
Pelancaran antologi HSDT keenam ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Haji Abdul Ghani Othman pada malam penyampaian HSDT pada 17 Julai 2009 lalu di PERSADA, Johor Bahru.
(Penerbit : YWJ Citra Holdings Sdn. Bhd. Larkin Perdana, Johor Bahru.
Harga:RM 24.90)

4 komentar:

Zaid Akhtar mengatakan...

Haji,
Tahniah atas penerbitan buku antologi ini.
Nampak lebih eksklusif.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Ustaz,
Terima kasih. Semuanya atas usaha dan jerih perih W.B. Rendra.

Ahmad Nawawi Yaakob mengatakan...

Banyak yang menarik dalam majlis berkenaan. drama, puitis, dan terharu dengan Pak Matlob yang diarak hebat.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Kehadiran Ustaz untuk meraikan teman-teman yang menerima anugerah juga amat dihargai.
Terima kasih.