Banyak orang yang tidak setuju PPSMI dimansuhkan menyatakan bahawa yang menjadi mangsa adalah anak-anak kita juga. Benarkah kenyataan ini? Memansuhkan PPSMI menyebabkan anak-anak kita khususnya anak-anak orang Melayu rugi, malah lebih teruk lagi menjadi mangsa kebodohan kita. Dr. Mahathir juga menyatakan hal yang sama, katanya (memetik sumber akhbar BH 9 Julai) ‘keputusan ini menyukarkan mereka untuk belajar dan mengetahui perkembangan dalam bidang sanis.’
Ada yang lagi teruk, (tentu orang Melayu juga) yang memberi pandangan yang sangat menghibakan apabila dia melebelkan kita yang menerima keputusan menolak PPSMI ini sebagai golongan yang bodoh. Biar kita baca petikan sepenuhnya dari manusia yang bernama Acilut Indah Kubang Pasu ini:
Betapa bodohnya pemikiran pak-pak menteri sekarang ini! Inilah bezanya 'orang sains dengan orang sastera'. Orang sains berteraskan pada fakta, sebaliknya orang sastera sejak dilahirkan sampai mati, masih mengelamun dalam alam fantasi dan rekaan, lantaran tidak mahu berpijak pada alam nyata. Inilah keputusan orang yang buta fakta dan tidak bersandarkan kepada kecintaan ilmu. Keputusan yang berlandaskan kepentingan diri dan periok 'nasi', lebih kepada perhitungan politik. Nak yang senang sahaja. Tidak sanggup berusaha menghadapi cabaran dan dugaan, malas berusaha dan ingin banyak tidor.
Kalau diri sendiri tidak mahu belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris maka janganlah menutup peluang orang lain. Ramai lagi yang ingin belajar Sains dan Matematik dam Bahasa Inggeris!
Sungguh malang bagi masyarakat Malaysia! Umno kini takut pada tekanan pembangkang malah sasterawan-sasterawan, sehingga hilang pertimbangan yang waras. Sesuatu yang akan mendatangkan kebaikan perlu dipertahankan bukan dipolitikan.
Wahai para sasterawan! Anda telah mengkhianati budaya ilmu. Ilmu bukan hanya ada pada bahasa. Anda telah menyekat pembudayaan menuntut ilmu, hanya kerana tamak dan ego, kononya memartabatkan Bahasa Melayu! Ingatlah, bangsa yang tidak dinamis akan tengelam bersama-sama bahasanya!. Apa lagi yang ada pada bahasa dan bangsa ketika itu?
Apa lagi yang hendak kita tingkatkan Bahasa Melayu. Sampai ke peringkat yang macam mana? Apa faedah kita nak meningkat penggunaan bahasa Melayu sehingga kita menyekat perkembangan Bahasa Inggeris? Adakah kita mahu seorang teknokrat ataupun saintis Malaysia menulis karangan ilmiahnya dalam bentuk sajak, puisi, pantun ataupun dalam bahasa klasik? Mana mungkin. Kalaupun terjadi ianya satu pembaziran.
Adakah dengan meningkatkan pelbagai kemahiran tambahan dalam Bahasa Inggeris, kita dapat menguasai sains dan matematik? Orang-orang sastera masih tidak faham!. Bahasa Inggeris sains dan teknologi adalah TIDAK sama dengan Bahasa Inggeris kesusasteraan. Seorang yang mendapat Ph.D dalam bidang Bahasa Inggeris pun tidak mungkin menguasai Sains dan Teknologi, kerana penggunaannya adalah berbeza!
Bahasa Inggeris sains dan matematik hanya dapat dikuasai dengan melatih dan meng'aplikasikan' penggunaan bahasa tersebut didalam bidang yang berkenaan. Oleh itu subjek matematik dan sains merupakan platfom yang sesuai tanpa perlu penambahbaikan matapelajaran Bahasa Inggeris yang sedia ada.
Sedarkah wahai pak-pak menteri BN. Pemansuhan ini secara langsung akan menyekat peluang pelajar-pelajar luar bandar mengembangkan ilmu sains dan teknologi. Yang pasti jurang ilmu pelajar-pelajar luar bandar akan berterusan semakin melebar. Mana dia perjuangan pak-pak sekelian dalam merapatkan jurang dan peluang-peluang pendidikan diantara bandar dan luar bandar? pak-pak sekali lagi mengkhianati rakyat luar bandar dengan menafikan peluang kepada mereka!
Pelajar-pelajar di bandar rata-rata mempunyai peluang dan ruang yang luas mempelajari Bahasa Inggeris (samada teknikal atau pun bukan), tidak kira samada adanya PPSMI atau pun tidak. Sebaliknya apalagi peluang yang akan ada pada pelajar-pelajar luar bandar yang secara relatifnya serba kekurangan.
Saya adalah diantara generasi yang belajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris dan mendapati ianya 'ter'sangat berguna dan membantu di dalam kerjaya saya. Sangat-sangat malang, peluang yang sebegini ingin dicurahkan kedalam parit!
Segala perancangan dan persiapan PPSMI telah di buat dan dengan banyak perbelanjaan. Malah, bunga-bunga kejayaan, baru mula menampakkan hasil. Cuma kita perlukan sedikit lagi usaha dan 'fine tuning' bagi menghasilkan buah-buah kejayaan. Sesuatu kerja yang besar dan baik pastinya ada cabaran dan dugaan untuk diharungi. Dengan sedikit kesabaran dan kenyakinan, insyaalah akan berjaya. Tetapi apakan daya, kita cepat mengalah dan melatah.. Itulah orang melayu.
10 komentar:
Salam.
Kasihan dia. Masih kurang membaca nampaknya.
Kolong yang gelita dan tiada setitik cahaya dari minda dan hati yang gelap.
Tahniah, HSDT.
Tn. Hj.,
Dalam akhbar arus perdana hari ini (dalam BH) ada tertulis tajuk 'Najib Jaguh Bahasa Melayu', ohh... barulah mengerti kenapa Che Det komen tentang hal-hak negatif dalam 100 hari Najib memerintah... agaknya beliau amat kecewa gelaran itu tidak diberikan kepadanya kot? Hehehe....
Namun, layakkah Pemimpin Agung 1 Malaysia itu digelar 'Jaguh Bahasa Melayu'?
Sdr. Yang selalu mengencingi kita bukankah yang sama sebangsa dengan kita? Memang sial dan hina menjadi Melayu.
Salam. Nama Malaysia berasal daripada Tanah Melayu. Bahasa juga sepatutnya bahasa apa? bukankah Melayu?
Salam Haji,
Jiwa nya berceloreng dan bengkak agaknya dengan penghapusan PPSMI? Marilah sama-sama kita siramkan iktiar agar dia dapat memahami dan mengerti kedaulatan bangsa dan bahasa ibuanda. Angkasawan Melayu pertama pun hasil didikan sebelum PPSMI dilancarkan, pun sampai ke angkasa bukan dengan bahasa Inggeris tetapi bahasa Russia, Lu fikirlah sendiri ......
Salam,
BAgi yang ingin melakukan penulisan bertaraf jurnal, penyelidikan peringkat sarjana sains, doktor falsafah dan lainnya, kita boleh lihat hampir 100% bahan ilmiah jurnal jurnal rujukan adalah di dalam bahasa Inggeris.
Waima pengkaji Russia, Jerman dan Jepun juga bila ke peringkat jurnal rujukan antarabangsa akan mengolah idea mereka di dalam bahasa Inggeris buat perkongsian seluruh dunia.
Marni,
Memang ramai yang macam dia ni.
Sahrunizam,
Yang menghairankan ada juga guru yang masih nak pertahankan PPSMI. Di kolong mana agaknya dia tersesat.
Rusdi,
Boleh juga digelar jaguh bahasa Malaysia. Rasanya tak salah.
Sdr. Satira+kacau
Harap-harap bukan kita. Kita harus terus berusaha agar bahasa Melayu terus mengharum di persada.
ZMBL's
Saya setuju nama bahasa Melayu terus diguna pakai. Bukan bahasa Malaysia.
Citra Delima,
Sikap terhadap bahasa itu perlu diperbetulkan dulu. Pelajari juga bahasa-bahasa lain seperti bahsa Inggeris, bahasa Rusia dan apa juga bahasa bangsa-bangsa yang maju.
Fendy ahmad,
Tidak salah mempelajari bahasa Inggeris. Belajarlah, tetapi jangan lupa untuk memajukan bahasa Melayu dengan banyak menulis dalam bahasa Melayu sendiri. Tanpa sokongan cerdik pandai kita sukar untuk memajukan bahasa sendiri.
Pak Lang,
Ada yang terkejut apabila saya tidak menyokong PPSMI,memandangkan saya pensyarah bahasa Inggeris. Melalui pengalaman peribadi dan pengamatan pengajian dan hasil penyelidikan pembelajaran bahasa, saya berpendapat pengajaran Matematik dan Sains dalam BI bukanlah penyelesaian terbaik untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.
Nazhatulshima,
Pak Lang rasa bangga kerana Shima juga memahaminya. Bagaimanapun Bahasa Inggeris amat penting dan perlu dikuasai oleh anak-anak Melayu.
Posting Komentar