Senin, 27 Juli 2009
Santai Puisi dan Budaya
Seramai 25 orang wakil penulis Johor (PPJ) telah bertandang ke Shah Alam Selangor untuk satu sesi pertemuan silaturahmi dengan Penulis Selangor (KEMUDI). PPJ diketuai Ketua Satu Sdr. Amiruddin Ali Hanafiah serta Ahli Jawatankuasa seperti Rosli Bakir (Setiausaha Satu),Mohd. Taufiq (Setiausaha Dua) serta beberapa orang jawatankuasa dan wakil penulis muda PPJ. Pertemuan pada 25 Julai itu, berlangsung di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, di Seksyen 7, Shah Alam. .
Yang Berbahagia Dato’ Abd. Samad Mahruddin, Yang Di Pertua KEMUDI pula mengetuai ahli-ahli Persatuan Penulis Selangor itu bersama barisan AJK , Abu Hassan Ashari (Naib Yang Di Pertua), P. Yasmin Dato’ Ahmad Mahir, Badrila Abdullah, Ismail Supandi, Amin Minhad dan beberapa penulis termasuk Dr. Ibrahim, Haji Ahmad Sarju dan Zainal Abas atau lebih dikenali sebagai Kasajiza A.S
Acara pertemuan dipenuhi dengan majlis santai puisi pada malamnya dan diikuti sesi dialog pada keesokan harinya.
Majlis Dialog PPJ-KEMUDI diwakili oleh Amiruddin Ali Hanafiah dan Shapiai Mohd. Ramly (PPJ) serta Sri Diah dan Puteri Andalas (KEMUDI). Dialog itu lebih berkisar kepada aktivti penulisan kedua-dua persatuan penulis tersebut. Pada akhir pertemuan Dato' Abd. Samad (Yang Di Pertua KEMUDI) menyatakan kesudiannya untuk melakukan lawatan balas ke Johor pada tahun hadapan.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
5 komentar:
Tn. Hj.,
Walaupun pelibatan DBPWS ada sebahagiannya dalam program ini, namun sayangnya tidak dapat bersekali kerana telah menyatakan komitmen lebih awal untuk menghadiri seminar di USM pada tarikh yang sama.
Semoga memperoleh sesuatu yang berilmu dan bermanfaat demi sastera dan bahasa Melayu.
Rusdi,
Itula.. seorang Ahli Kemudi menyatakan bahawa PPJ beruntung kerana ada DBPWS ada YWJ dan MKN yang banyak membantu kegiatan sastera di selatan, tidak seperti di Selangor - sepatutnya ada DBP Wilayah Tengah.
Salam TUAN HAJI,
Saya sering berasa ralat kerana hampir kesemua program PPJ tidak dapat disertai atas faktor yang tidak dapat dielakkan. Sedikit terubat apabila membaca catatan tuan. Kemudi tidak perlukan DBP Wilayah Tengah kerana ibu pejabat DBP di KL. Ada ungkapan mengatakan bahawa kita sering melihat pelangi di atas kepala orang lain!
Ayahanda,
Rencana awalnya, saya nak pergi ke program itu, tetapi di sekolah telah disediakan tugas untuk menjayakan Karnival Tingkatan 6.
Azhar,
Bagaimanapun PPJ masih berharap tenaga muda macam Sifu untuk membantu Amiruddin, Rosli Bakir, Taufiq, Hamzah dan Haji Khairi. Mereka ni masih kuat bekerja.
Tentang DBP Wilayah Tengah tu, bukan apa..ada ahli KEMUDI yang menyatakan DBP pusat lebih menumpukan kepada kegiatan kebangsaan daripada kegiatan zon. Jadi mereka agak rugi sedikit jika dibandingkan dengan kita di PPJ.
Zu,
Novel dah siap? Kalau ke Gunung Ledang nanti tentu banyak perkara yang boleh dijadikan bahan untuk karya, baik puisi, cerpen atau novel.
Posting Komentar