Jumat, 25 September 2009

Hari Raya, Jalan Raya dan Pilihan Raya

Tan Sri Musa Hassan menyatakan rsa kecewanya apabila mendapati op sikap di jalan raya tahun ini tidak berjaya mengubah sikap pemandu Malaysia. Katanya, tak usah denda RM300 jika dikenakan hukuman mati pun mereka tidak peduli. Inilah sikap orang Malaysia bila berada di jalan raya.

Bukan itu sahaja, sikap orang Malaysia juga teruk bila menyambut hari raya. Sudahlah perbelanjaan dan persiapan hari raya sampai kepada tahap membazir. Pada hari raya inilah mereka akan makan sepuasnya, setelah sebulan menahan nafsu makan. Malah mereka juga menyuap hidangan hiburan yang disajikan oleh media tv, seolah-olah inilah harinya bagi mereka bergembira sakan.

Sikap membazir bukan habis setakat itu sahaja, malah rumah-rumah terbuka akan berlarutan hinggalah berakhirnya syawal. Ada agensi kerajaan yang sudah buat persiapan awal-awal lagi dengan budget sebanyak RM40,000. semata-mata nak sambut hari raya. Khabarnya majlis tersebut bukan setakat makan-makan sahaja, ada pula persembahan tarian dan nyanyian.

Satu lagi yang perlu disebut di sinilah ialah tentang pilihan raya. Tidak lama lagi akan ada satu lagi pilihan raya bagi kawasan DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Sama jugalah, sikap kita.Akan banyaklah wang dibazirkan dengan berleluasa oleh pihak-pihak yang hendak menang.

Bila agaknya kita nak berubah.?

3 komentar:

Md Nizar Parman mengatakan...

Salam kunjungan.
Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Md. Nizar Parman,
Terima kasih atas kunjungan. Rupanya orang Kluang. Salam puisi. Sekali menulis terus menulis. Dijemput untuk mengikuti semua aktiviti PPJ Kluang. Boleh hubungi En. Hamzah Hamdan di PPD Kluang. Salam adilfitri, maaf zahir batin.

Citra Delima mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Terima kasih atas kesudian Tn. Hj. sekeluraga berkunjung kerumah saya pada hari raya. Begitulah yang dikatakan RAYA SAKAN, sikap orang melayu menyembut Hari Raya, Biar papa asalkan bergaya, beraya. Minta doakan agar akan berubah disatu hari nanti.