Minggu, 06 September 2009

Mencari Titik Archimedes

Rupanya pada bulan Ramadan ini wajah politik tidak juga berubah rupa. Selepas pilihan raya Permatang Pasir akan ada lagi pilihan raya menyusul. Kali ini di Bagan Pinang, Negeri Sembilan pula. Pemain-pemain politik akan kembali ke gelanggang. Banyaklah isu yang timbul. Tuduh menuduh dan pendedahan demi pendedahan akan kembali dibuat. Masing-masing akan mencari suatu titik yang kukuh buat menggegar lawan. UMNO sudah tentu akan bermati-matian akan mempertahankan kawasan yang disandangnya ini. Kekalahan akan menyebabkan maruah UMNO akan jatuh teruk. Jadi segala strategi akan digunakan. Saya pasti kedua-dua akhbar Melayu seperti Utusan dan Berita Harian akan kembali memainkan peranannya sebagai senjata yang akan menyerang pihak pembangkang habis-habisan. Biasanya pembangkang juga akan menggunakan apa juga bentuk media untuk menangkis serangan atau pun memulakan serangan. Siapakah dahulu yang dapat mencari titik Archimedis itu. Satu titik yang kukuh buat berpijak dan menggerakkan dunia politik. Sekali lagi kita akan menonton segala macam bentuk keburukan dari kempen untuk menang itu.
Kata Archimedes, ‘Berikan aku suatu titik kukuh untuk aku berpijak, nescaya aku akan menggerakkan dunia.’ Inilah yang dicari oleh mereka, cuma sebuah titik tempat berpijak…

2 komentar:

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
Titik kali ini pasti milik UBN (pinjam singkatan Mohd Sayuti Omar @ MSO), namun jika UBN kalah lagi maka teruklah terjejas maruah UBN ini. Seperti di Manik Urai, UBN menyatakan kekalahannya itu 'satu kemenangan', maka PR jika dapat kurangkan majoriti di Bagan Pinang ini sudah dikira 'menang'!

Setuju kata Tn. Hj. bahawa 2 media ini akan 'menggila'; tapi harus difikir juga selagi berterusan 'menggila' maka bertambahlah rakyat yang akan kurang 'menggemari' UBN.

Satu pandangan umum dan kerdil cuma Tn. Hj.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Rusdi,
Saya juga tidak menyenangi media yang jelas bias kepada satu pihak sahaja. Menyebabkan orang lebih benci. Biasanya kebencian itu diterjemahkan melalui undi.