Hari Raya tahun ini agak suram bagi kami sekeluarga. Mak Mertua meninggal sebelum bulan ramadan.Kemudian adik ipar pula meninggal sehari sebelum hari raya menjelang. Hendak dijadikan cerita pula, pada malam raya cucu saya cedera di kepala akibat jatuh katil. Jam 3.00 pagi bekejar ke hospital. Kena empat jahitan. Jadi selepas sembahyang sunat hari raya, kami berada dalam keadaan mood yang muram.
Nasib baik anak-anak semua balik. Terubat juga hati.
Pada kesempatan ini saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua teman-teman dan pengunjung blog ini. Salam adil fitri, maaf zahir batin.
4 komentar:
selamat hari raya untukmu teman. maaf zahir dan batin
selamat hari raya. maaf zahir dan batin.
Lim,
Diucapkan juga selamat adilfitri kepada Lim sekeluarga. Maafa zahir batin.
Takziah atas segala dugaan yang diterima, Sabar merupakan satu ikatan kita dengan iman didada, selamat menyambut Hari Raya, maaf zahir batin.
Posting Komentar