‘Never put too much trust in friends, learn how to use enemies’.
Kuasa sebenarnya memukau sesetengah orang. Mereka sanggup berbuat apa saja untuk kekal kerusi kuasa. ‘The 48 Laws of Power’ oleh Robert Greene mengajar kita banyak perkara tentang kuasa. Bagaimanakah strategi untuk kekal berkuasa. Biasanya dia memberikan contoh-contoh daripada petikan kisah sejarah lalu.
Misalnya dalam strategi ke-2 : Jangan terlalu percayakan kawan, belajarlah bagaimana untuk memanfaatkan musuh.
Katanya, berhati-hatilah dengan kawan atau teman--mereka akan lebih mudah berpaling tadah.Mereka kemudiannya sanggup pula berlaku kejam dan zalim. Oleh itu cubalah berbaik-baik dengan musuh lama kita dan bergabung pula untuk menyelamatkan diri kita daripada dikhianati. Musuh akan lebih setia dan mereka akan lebih jujur. Begitulah, kita seharuslah lebih berhati-hati dengan kawan jika dibandingkan dengan musuh. Kalau tiada musuh, ciptalah musuh. Musuh memberi kewaspadaan kepada kita untuk berkuasa lebih lama.
Sebuah kisah yang berlaku pada zaman empayar Byazantine , pada pertengahan abad ke-9 sebelum masihi boleh dijadikan sebagai iktibar. Bagaimana seorang maharaja bernama Michael dikhianati oleh rakan baiknya sendiri. Bapa saudaranya Bardas, yang bertindak sebagai ketua tentera dan juga penasihat tidak dipercayainya.
Michael lebih mempercayai Basilius serorang teman yang pernah menyelamatkannya. Begitulah, Basilius dari seorang jurulatih kuda akhirnya dilantik menjadi ketua penjaga bangsal seterusnya dihantar untuk belajar di pusat pendidikan Byazantine yang terkenal. Akhirnya Basilius menjadi orang penting dan meningkatkan kedudukannya sebagai orang bangsawan. Dengan sokongan Maharaja juga dia mendapat kedudukan penting di istana. Pengaruh Basilius menyebabkan Bardas menasihati maharaja agar berhati-hati. Michael sudah begitu mempercayai temannya itu hingga sanggup pula membunuh bapa saudaranya, Bardas. Basilius dilantik mengantikan Bardas sebagai ketua tentera. Kekuasaannya semakin bertambah, malah bersifat boros dan menggunakan kuasa secara berleluasa. Bila keadaan kewangan negara gawat dan keamanan sukar dikawal, ketika itulah Basilius mengambil kesempatan untuk merampas kuasa. Michael mendapati pada suatu hari ketika bangun tidur, sekumpulan tentera telah mengepung tempat tidurnya dan di hadapan sahabatnya sendiri dia ditikam sampai mati.
Pengajarannya di sini – sebelum teman atau sahabat yang kita percayai berpaling tadah eloklah kita berkompromi dengan musuh lama kita. Kalau tidak ada musuh, kita harus mencipta musuh. Musuh akan berguna bagi menyelamatkan kedudukan kita saat-saat terancam. Lebih-lebih lagi oleh teman kita sendiri itu.
‘to have a good enemy, choose a friend: He knows where to strike’- Diane de Poitiers
2 komentar:
Salam Haji,
dalam mengharungi dunia bisnes, saya belajar tentang perkara yang sama. Dan hasilnya menakjubkan. Kebanyakan kawan saya sekarang merupakan bekas musuh saya.
Semasa mereka menjadi musuh, bukan mudah untuk mereka menembusi pagar kita, jadi pada masa itu siapa yang lebih mudah mengkhianati kita? Kawan-kawan kita juga.
Tetapi bila musuh sudah jadi kawan, mereka amat berhati-hati dalam setiap urusan dengan kita. Mungkin mereka tahu siapa kita. Itu sekadar pengalaman.
Salam Mohd. Shah,
Saya rasa ada baiknya pengalaman Mohd. Shah itu ditulis dalam blog. Sekurang-kurangnya kita sama-sama dapat belajar. Dalam dunia bisnes saya memang tak ada pengalaman langsung.
Posting Komentar