Yang benar dan yang batil itu sebenarnya sudah jelas. Tetapi mengapa masih ada lagi orang yang berbantah-bantah mengenainya. Setiap Jumaat Khatib atau Imam berkhutbah, mengingatkan kita umat Islam agar merujuk Al-Quran bila ada perkara timbul yang membawa kepada pertelingkahan.
Kalau ada orang bukan Islam membaca sebaris dua ayat Al-Quran dalam ucapan, hebohlah kita. Macam-macam pendapat kedengaran, baik yang marah ataupun ada yang berpendirian positif.
Kim Woo Jung seorang usahawan Korea dalam bukunya, ‘Bukan Kerana Periuk Nasi’ menyatakan bahawa kesedarannya wujud setelah membaca kisah Nabi Musa dalam Al-Quran. Meskipun dia tidak Islam, tetapi dia mengambil iktibar dari ayat-ayat dalam Al-Quran hingga dia dapat mengubah nasibnya menjadi usahawan berjaya.
Saya bagi satu contoh. Saya rasa dalam sembahyang banyak kali kita membaca surah, ‘Alam Nasyrah’ yang bermaksud ‘melapangkan’ ini. Berapa orang yang faham benar-benar maksudnya. Kita baca dan kita baca. Mungkin telah beratus kali. Mungkin telah beribu kali. Tapi apa yang kita dapat dari maksud ayat-ayat yang kita baca itu? Misalnya dalam maksud ayat 5: Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Ayat 6: Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Ayat 7: Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.Ayat 8: Dan hanya kepada Tuhanlah hendaknya kamu berharap.
Allah huakhbar. Kita pun sujud. Sedarkah kita apa maksud ayat-ayat tersebut?
Janganlah pada suatu ketika nanti bila ada orang bukan Islam membaca ayat ini dan menyedari bahawa ayat ini adalah ayat motivasi baginya, sebagai dorongan baginya untuk bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara. Malah dia percaya akan berjaya. Lalu kita melenting dan marah dan menyatakan apa haknya membaca ayat-ayat ini? Ada maksud jahatkah?
2 komentar:
Ego. Sombong. Tidak bijak.
Itu adalah kesimpulan untuk mereka yang pernah berkata jangan kaitakn Islam dengan politik, jangan kaitkan Islam dengan ekonomi, jangan kaitkan Islam dengan itu dan ini...
Hakikatnya, Islam itu Ad-deen dan Ad-deen itu adalah cara hidup kita. Mana mungkin Islam dipisahkan dari apa juga pegangan hidup orang Islam.
Jika orang Islam sendiri sudah tidak menghargai Al-Quran (hanya digunakan ketika membuat sumpah dalam masjid), maka apa salahnya Al Quran itu dimanfaatkan oleh orang lain. Semoga Allah membuka pintu hidayahNya kepada semua yang membaca, menghayati dan menghormati kitabNya. Ameen.
Marni,
Terima kasih kerana memahami apa yang tersirat dalam pendapat saya itu.
Ada orang berkata kebatilan yang dirancang dengan teliti dan saksama akan mengalahkan kebenaran.
Posting Komentar