Kamis, 23 April 2009

Pesta Buku Antarabangsa KL 09


Saya berkesempatan berkunjung ke pesta buku KL pada 20 dan 21 April lalu. Di gerai Dawama DBP saya sempat bertemu dengan penulis Ibnu Ahmad Al-Kurauwi atau nama sebenarnya Azman Ahmad.

Ketika singgah di gerai PTS pula kebetulan bertemu dengan Pn. Ainon. Beliau sempat memperkenalkan seorang pelanggannya yang setia. Saya dapati gerai PTS sentiasa penuh dengan pengunjung. Semasa berbual dengan Pn Ainon, beliau menyatakan kesyukurannya kerana dalam keadaan ekonomi meleset ini rakyat Malaysia masih tidak lokek untuk membeli buku.

5 komentar:

Zulaiha Paikon mengatakan...

Baru hari ini dapat buka komen ayahanda. Tentang cerpen itu, saya faham maksud ayahanda. Terima kasih atas komen yang membina. Selepas ini, saya akan cuba perbaiki supaya persoalan yang ingin saya tonjolkan dapat berjalan lancar. Memang benar kata ayandanda. Patutlah, apabila saya baca berulang-ulang kali, macam ada yang tak kena aja. Tk. Seronoknya dapat ke Pesta Buku Antarabangsa. Tentu banyak buku ayahanda beli. Saya ada terbaca bahawa buku bukan sahaja menjadi mahal harganya bagi seorang pelajar, orang misikin, malah kepada golongan elit dan tidak mahu membaca.

Ibnu Ahmad al-Kurauwi mengatakan...

Tuan Haji Shapiai,
Salam ziarah. Moga tuan haji diberi Tuhan kekuatan untuk terus menulis. Bukankah hayat tinta lebih lama hidupnya berbanding si pengarangnya.

al-Kurauwi
http://ibnuahmadlkurauwi.wordpress.com

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Zulaiha,
Saya belanja beli buku habis RM1,131.00. Sekarang ni tengah mabuk nak baca. Tak tahu yang mana nak baca dulu.
Sdr. Ahmad al-Kurauwi,
Terima kasih atas ingatan dan perangsang. Hari tu tak sempat nak berbual panjang. Harap dapat berjumpa lain kali.

sahrunizam abdul talib mengatakan...

Salam Tuan Haji,

Saya berasa bertuah dapat menjejakkan kaki ke PBAKL pada 23 April yang lalu bersama satu bas pelajar-pelajar saya. Tapi yang kurang bertuahnya kerana tak berkesempatan bertemu dengan Tuan Haji yang tiba sebelum saya. Moga bertemu di lain masa. Juga tidak lupa terima kasih kerana sudi menjenguk "Membuka Jendela Akal". Jejak Tuan Haji sentiasa saya hargai. Terima kasih.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Salam buat Sahrunizam,
Terima kasih juga kerana sudi menziarahi blog saya. InshahAllah kalau ada akesempatan kita akan bertemu jua nanti.