Minggu, 12 April 2009

Rumah Tepi Sawah


Cerpen saya yang pertama tersiar di Utusan Zaman (4 Mac 1973) yang berjudul ‘Surat Untuk Kakak’(Dalam Kumpulan Cerpen 'Perjalanan Ke Z',DBP:1992). Cerpen ini berbentuk surat si adik (penulis) kepada kakaknya yang bersekolah di sekolah Asrama Tun Fatimah (ketika itu di Melaka). Latar belakang kisah ini berlaku di sebuah rumah di tepi sawah. Si adik menceritakan bagaimana keadaannya semasa ketiadaan kakak. Tugas menjaga adik-adik yang lain diserahkan kepadanya. Ibu pula pagi-pagi lagi sudah turun ke sawah. Dari tingkap rumah dia dapat melihat tubuh ibunya nun di hujung bendang.
Sesekali pulang ke kampung saya sempat melihat kembali bekas tapak rumah saya dulu, yang pernah menjadi latar cerpen tersebut. Kini yang tinggal cuma sebuah pondok yang didirikan bagi menggantikan rumah pusaka itu.
Mujur saya sempat merakamkan gambar rumah yang membesarkan saya dan adik-beradik itu, sebelum menyembah bumi. Kami adik beradik kebanyakannya telah berhijrah.Kalau ada yang menetap di Perak mereka semua sudah bekeluarga dan punya rumah sendiri. Abang saya telah bermastautin di Pulau Pinang. Kakak saya bertemu jodoh dengan orang Melaka, meskipun kini kembali menetap di kampung tetapi sudah mempunyai rumah sendiri.Seorang adik saya kini berada di Kelantan. Seorang lagi di Terangganu. Saya sendiri telah lama berhijrah dan menetap di Johor.

3 komentar:

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
Saya bertambah kagum dan hormati pengalaman dunia pengkaryaan tuan kerana karya mula tersiar dalam tahun 1973! saya baru berusia 1 tahun. Khazanah dalam pelbagai bentuk (karya asli di akhbar dan majalah juga foto-foto) harus dijaga dengan penuh rapi dan teliti, ya... apatah lagi sudah berkarya serta karya tersiar hampir berusia 4 dekad.
Tahniah Tn. Hj.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Rusdi,
Terima kasih kerna memberikan semangat. Dalam dunia penulisan saya bukanlah apa-apa.

Sham al-Johori mengatakan...

Salam tn hj/ kanda,
Selalunya begitulah apabila kita telah meninggalkan pengalaman penuh berharga, kita akan menjadi seorang perindu masa lalu.

Begitu juga saya yang sering diracau oleh banyak kenangan zaman anak-anak/ kanak-kanak yang indah dan tidak mungkin menjelma kembali.

saya mula merindui zaman itu dan kapankah ia akan mendamba kembali.

Salam dari kejauhan.