Jumat, 05 Juni 2009

Benarkah boleh mendapat pahala dengan cara ini…?

Selesai solat jumaat saya mengambil sebuah risalah fotostat yang menerangkan tentang satu program yang dinamakan atas asas persaudaraan Islam. Dalam risalah itu dinyatakan dengan jelas bahawa meminjam Ah Long, berjudi, (baik toto, 4D, loteri) adalah haram.Ada juga petikan Al-Quran surah Al Maidah: 90 yang menyatakan bahawa ‘Sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah pekerjaan kotor daripada amalan syaitan, maka hendaklah kamu menjauhkan diri daripadanya. Mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan.’
Melalui program ini diterangkan caranya amat mudah, terutama bagi mereka yang sesak dan ingin kaya. Cuma bermodalkan RM60.00 sahaja lepas itu terus fotostat borang dan risalah yang disediakan sebanyak seratus keping dan edarkan kepada kawan-kawan. Sertakan juga tiga borang simpanan Bank dengan mengisikan nama kita di tempat yang pertama, kedua dan ketiga. Seterusnya cari 100 orang untuk kita hantar risalah ini dan menamakan nama kita di borang simpanan bank untuk tempat ke dua dan ke tiga dan kosongkan untuk borang yang pertama (untuk diisi oleh orang yang menerima risalah ini). Dari 100 orang/borang yang kita hantar kalau ada sepuluh orang yang respon dan menyertai program ini kita akan memperolehi RM420.
Persoalannya..adakah cara ini sesuai dan dibolehkan dalam Islam? Risalah ini berleluasa diletakkan di masjid-masjid dengan slogan yang menarik. Program ini boleh mendekatkan diri dengan Allah. Malah boleh mendapat pahala dengan menyertai program ini. Benarkah?

4 komentar:

Azhar Salleh mengatakan...

Salam TUAN HAJI,
Sebenarnya risalah sebegitu sudah lama beredar di pasaran! Saya sudah beberapa kali menerima risalah yang sama modus operandinya itu, dan akhirnya saya membuangnya ke dalam longkang! Saya tidak tahulah siapalah yang terpengaruh, dan siapakah yang punya angkara ini. Jelas sekali amat bertentangan dengan agama, pada fikiran saya. Dan sesiapa yang percaya lalu menyertai skim ini, mudah-mudahan dia beroleh kejayaan, dan saya pasti dia pasti beroleh kegagalan! Berbalik kepada pertanyaan, bolehkah dengan cara ini dapat pahala, jawapannya ialah tidak melayannya dan menasihati orang lain agar tidak mempercayainya. Insya-Allah, akan beroleh pahala.

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tuan Haji,
1. Saya juga ada menerima risalah sebegini... saya seperti Sifu Azhar juga biarkannya lalu hilang begitu sahaja, persoalan saya kenapa pihak berwajib tidak segera bertindak jika risalah sebegini tersebar meluas dalam premisnya?
2. Pihak berwajib lebih segera bertindak (ambil dan buang) jika ada risalah atau kertas kecil pemakluman tentang CERAMAH PAS / PKR? Satu persoalan apakah haram mendengar ceramah (untuk dapatkan pelbagai maklumat terkini yang tiada dalam media arus perdana)ini dan bersalahan dengan agama?

ZULKIFLI BIN MOHAMED mengatakan...

Salam Tuan Haji,

apabila dunia dilihat mudah untuk mencari apa yang mungkin,

maka manusia mencipta apa yang mungkin, walau hanya untuk sesuap rezeki...

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Azhar,
Hendak kaya cepat macam ni tentu jenis ekstrem..hehe.

Rusdi,
Benar,pihak masjid perlu mengambil tindakan yang sewajarnya.

Zulkifli,
Mungkin mereka tidak faham tentang konsep rezeki...