Senin, 08 Juni 2009

Kebenaran adalah racun yang membunuh Socrates.

Ada kalanya demokrasi pun membuat kesilapan. Kisah Socrates boleh dijadikan contoh. Negara Athena adalah negara demokrasi. Prosedur perundangannya juga dibuat secara pungutan suara.
Kesalahan Socrates cuma, dia ‘orang yang serba ingin tahu, yang bermenung tentang hal-hal di balik awan dan di bawah bumi, serta menampilkan hal-hal yang sesat dalam bentuk-bentuk yang lebih baik..’Socrates sering turun ke jalan-jalan untuk bertanya sesiapa sahaja. Pertanyan-pertanyaan itu biasanya mengundang jawapan yang bertentangan dengan kehendak semasa. Kadang-kadang pertanyaannya itu membawa kepada kebenaran baru. Misalnya tentang matahari dan bulan yang selama ini dianggap sebagai Tuhan. Socrates menyatakan dengan berani bahawa matahari adalah batu dan bulan adalah bumi. Kerana kenyataannya itu dia dianggap atheis. Kerana dia tidak percaya bahawa matahari dan bulan sebagai Tuhan dia dihadapkan ke mahkamah.
Selain itu dia juga menyeru warga Athena agar berasa malu menghimpun harta sebanyak-banyaknya dan mengejar pangkat serta kedudukan, tanpa menghiraukan sedikitpun bagaimana cara mendapatkan kekayaan dan pangkat itu, malah sering mengabaikan kebajikan dan kebenaran.
Kerana ajaran-ajaran dan seruan-seruan kepada kebenaran inilah Socrates didapati bersalah dan dihukum meminum racun.
Begitulah kebenaran seringkali menyepikan diri di kalangan kita manusia. Sejak dulu lagi. Semuanya kerana kebenaran itu tidak menyebelahi kita. Lalu orang yang sering bertanya-tanya itu disuruh senyap dan diberi racun ugutan.

4 komentar:

HBM Consultant mengatakan...

Salam.

Catatan yang menarik. Terima kasih kepada tuan yang sudi berkongsi. Teringat pula saya kepada PPSMI. Ia adalah racun yang membunuh bahasa Melayu. Segala kebenaran dan kebolehan bahasa Melayu dinafikannya. Ah, maafkan saya jika terlalu taksub dengan 'bahasa' sehingga apa sahaja kisah akan saya kaitkan dengannya. Hehehee..

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Marni,
Kebenaran bahawa PPSMI boleh menyekat kemajuan Bahasa Melayu, sudah berbuih hujah kita bentangkan, tetapi mereka ni tuli/pekak kepada kebenaran. Samalah apa yang dihadapi Socrates. Harapan kita masih ada agar kerajaan pimpinan baru tidak menyediankan racun kepada bahasa Melayu.

Citra Wangsa mengatakan...

Pemimpin Melayu sekarang mungkin terlalu banyak mengikut jejak langkah tokoh barat seperti Socrates. Mereka gagal menghayati perjuangan dan pemikiran tokoh Islam yang jauh lebih baik daripada barat. Kerana itulah PPSMI masih beku dan kaku!

Syaidul Azam Bin Kamarudin mengatakan...

Terima kasih atas ucapan. Sekadar berkarya, tersiar pun sudah cukup baik. Alhamdulillah Allah SWT jua yang menentukan.