Selasa, 13 Oktober 2009

Berfikir

Kalau setakat untuk hidup di dunia ini tidak perlulah kita berfikir. Untuk hidup senang dan banyak wang pun tidak perlu berfikir. Untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan pun kita tidak perlu berfikir. Untuk menjadi cemerlang manusia hanya perlu dilatih. Itu saja. Macam binatang sarkis, mereka boleh buat apa saja kalau kita latih mereka dengan sistematik. Sekarang ini itulah yang banyak kita buat. Kita latih pelajar-pelajar kita bagaimana mahu cemerlang dalam peperiksaan. Hantar mereka tusyien, hantar mereka menghadiri bengkel peperiksaan. Guru-guru, ibu bapa dan masyarakat tentunya juga memberi fokus yang terlalu tinggi kepada pelajar yang berjaya memperolehi 18 A, 21 A. Bukan sedikit ganjaran pula yang diberikan. Hinggalah pelajar itu melanjutkan pelajaran ke Universiti, kita dendangkan dengan harapan yang indah-indah bagi mereka yang berjaya. Lalu ramailah anak-anak kita yang berjaya menamatkan pelajaran mereka hingga ke peringkat Universiti. Mereka mendapat pulangan yang lumayan bila mendapat pekerjaan yang baik. Mendapat gaji yang lumayan dan dapat menikmati hidup yang selesa. Tapi adakah mereka berfikir? Sudah tentu mereka berfikir. Kalau tidak berfikir bagaimana mungkin mereka berjaya dalam peperiksaan mereka, dalam hidup mereka. Sebenarnya ada di antara mereka yang berjaya sebenarnya tidak pula melalui proses berfikir. Mereka berjaya kerana dilatih. Dilatih belajar, dilatih menghafal, dilatih untuk menghadapi peperiksaan. Begitu juga bila mereka bekerja, mereka dilatih untuk bekerja, ditunjukkan cara-cara bekerja mengikut perintah. Ada akta, ada peraturan yang perlu diikuti. Ada pekeliling dan sudah ada prosedur kerja yang menanti sebaik sahaja seseorang itu masuk bekerja di sesebuah pejabat. Kalau ada masalah, sudah ada garis panduan. Ikut sahaja. Masalah akan selesai. Habis perkara. Kalau produksi menurun, cari puncanya. Sudah ada indeks kualiti kerja untuk mengukur prestasi pekerja. Boleh ambil tindakan ketika itu juga. Jadi perlukah kita berfikir?
Mengikut Rajesh Jain dalam bukunya ‘Gods are meeting and You are Invited’ ada menyebutkan bahawa kebanyakan kita menjalani hidup tanpa kita sedari. Kita hidup, berfikir, merasa dan beraksi atau reaksi secara mekanikal, kerana telah dilatih. Mereka ini bila menghadapi sesuatu masalah yang di luar pengalaman dan latihan akan bertindak diluar jangkaan. Sama ada berasa kecewa atau pun bertindak merugikan diri sendiri atau pun orang lain.

4 komentar:

Wahyu Budiwa Rendra mengatakan...

salam tn.hj yang dihormati. entri berfikir ini buat saya berfikir; setelah kita berbincang dan berfikir tentang berfikir dan cara berfikir, tempohari. beza antara berfikir dan tidak berfikir. dan perbezaan cara berfikir.

Citra Delima mengatakan...

Salam Tuan Haji,
"Berfikir" membuatkan hari ini saya mula berfikir, nak buat comment atikal ini pun perlu berfikir.Jadi jika saya tidak berfikir, tak ubah seperti robot yang telah diprogramkan. Oleh itu
"Lu fikirlah sendiri" satu gesaan yang baik supaya kita berfikir. Itulah yang dapat saya fikirkan.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Wahyu,
Hari ini saya malas nak berfikir.

Tuan Haji Citra Delima,
Kadang-kadang penat berfikir. Macam tu jugak.

FadzliAbuBakar mengatakan...

Pada pandangan saya... itulah perkaitan antara Emotional Intelligence (EQ) dengan Intelligent Quotient (IQ)... berfikir hanya melibatkan IQ, manakala latihan itu melibatkan kedua-dua IQ dan EQ...

"Ilmu tanpa amal, laksana pohon tidak berbuah."

Saya setuju dengan pandangan dalam posting ini...

p/s: Buah cempedak di luar pagar, kalau salah tolong tunjukkan...