Masih ada lagi manusia yang tidak percaya kepada bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu. Sebab itulah kumpulan PAGE ini bertindak supaya beberapa buah sekolah di Lembah Kelang diberi kebebasan untuk meneruskan PPSMI dengan alasan mendapat sokongan majoriti PIBG di tujuh buah sekolah tersebut.
Nampaklah muka-muka Melayu sendiri yang muncul dalam TV menunjukkan peratusan hasil daripada undian dalam mesyuarat PIBG di sekolah mereka. Semuanya sekolah kebangsaan. Tak nampak pula sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau SJK(T).
Mujurlah permohonan PAGE ini mendapat bantahan dari Dr. Mohamad Ali Hassan, Presiden PIBGN yang menyatakan kumpulan tersebut mengambil tindakan langkah ke belakang dengan menentang keputusan yang telah dibuat.
Kita sudah lebih 50 tahun merdeka. Ada lagi manusia yang mentalnya masih dijajah. Masih tidak percaya kepada kemampuan bahasa Melayu.
13 komentar:
Salam Tuan Haji,
Bukankah sudah terbukti segelintir orang kita yang tidak pernah percaya akan kebolehan bahasanya?
Pada awal tahun ni, PAGE telah menghantar surat ke PIBG sekolah saya untuk menagih sokongan PIBG seluruh negara agar mengekalkan PPSMI.
Memang menyedihkan. Kebanyakan AJK tertingginya orang Melayu yang dah layu jati dirinya.
Tuan Haji,
inilah jenis Melayu yang tak kenali diri sendiri.Tak mustahil kelak, Melayu jenis inilah juga yang akan memerintah negara dan menjual maruah negara sesuka hati mereka.
Salam kepada semua.
Layakkah mereka ini mengakui mereka orang Melayu?
Pak guru,
PAGE tu lalang yang tak sedar di mana hidupnya.
Lalang tetap lalang...... dan mari kita bakar aja lalang itu sebelum merosakkan tanaman lain.
Tn. Hj.,
Apa itu PAGE? Mungkin 'halaman' dan mungkin 'muka surat'...
Saya sangsi wujudnya PAGE ini... mungkinkah didalangi oleh sesetengah kumpulan atau individu pembuat dan pencetus idea asal PPSMI ini, mungkinkah? Kita harap tidaklah... tapi sangsi itu masih ada...
Tn. Hj.,
Antara alasan yang dikemukakan oleh PAGE kerana kita 1 Malaysia... rakyat hendaklah didahulukan... maknanya mungkinkah selepas ini pelbagai memorandum dan permintaan (dalam hal bahasa ini) daripada golongan tertentu yang akan menggunakan ungkapan 'rakyat didahulukan'?
Md. Nizar,
Bila ada orang Melayu yang begitu, saya bukan sahaja kecewa bahkan malu...
sahrunizam,
Tindakan PIBG sekolah tuan tidak menyokong PAGE ini perlu diberikan tahniah. Kita harap ramai orang Melayu tidak menyokong PAGE.
Rahimidn,
Sebelum mereka memerintah kalahkan mereka...Pilihlah mereka yang benar-benar yakin kepada keupayaan bahasa Melayu.
Marniyati,
Mereka ini Melayu yang mudah lupa.
Lupa siapa diri mereka.
Sham-al-Johari,
Memang sukar mencari akar di ladang yang terbakar.
Rusdi,
Elok jangan kita baca 'muka surat' ini. Lebi baik lagi jangan buka langsung. Mereka baca buku penjajah.
Tuan Haji
Tak tahu lah, jenis apa melayu tu. Konon dah lupa dirinya orang melayu.Cermin, cermin diri hendaknya sebelum membuat satu satu tindakan, mungkin juga dia orang kurang berfikir agaknya.
Tuan Haji Tahir,
Mereka bukan tidak berfikir. Mereka berfikir secara fikiran penjajah.
Bangsa sendiri yang mengkhianati bangsa kita. Tidak kira atas kepentingan apa, bangsa Melayulah satu-satunya bangsa yang sedia melacurkan diri mereka sendiri untuk kepentingan tertentu.
Ustaz,
Memang tentang bab bahasa ni saya agak sensitif sikit.
Lihatlah bagaimana orang-orang Cina begitu memelihara bahasa mereka. Sampaikan bila ada ura-ura kita nak adakan sekolah satu aliran. Mereka cepat-cepat menentang. Kita fahamlah...
Posting Komentar