Senin, 12 Oktober 2009

Perjalanan Salik Rahimidin


Saya tidak percaya bahawa perjalanan salik Rahimidin akan berhenti setakat ini sahaja, biar pun dia mengistiharkan untuk berhenti menjadi penyair. Berhenti menjadi penyair yang bagaimana? Itulah persoalannya. Sebagai penulis yang ada pendirian, seperti Rahimidin yang terkenal dengan kerendahan diri, selalu melihat ke dalam diri ketika berkarya sudah tentu beliau sedar apa yang dilakukannya.
Ramai orang yang ingin menjadi ‘penyair’, seperti juga ramai yang ingin menjadi artis. Saya rasa di sinilah apa yang dimaksudkan oleh Rahimidin. Kalau sekadar untuk menjadi ‘penyair’ seperti yang digambarkan oleh seorang ahli akademik itu, baiklah dia berhenti menjadi penyair.
Sebagai hamba yang masih dahagakan ilmu, Rahimidin akan terus berkelana seperti dalam sajaknya ini:

Perjalanan Salik
Menuju Khalik

Aku, hamba-Mu
fakir yang dahagakan
setitis air di laut gurun
aku berkelana
dari huruf ke huruf
dari titik ke aksara
merenungi
luas laut-Mu
yang tak bertepi
menyelami
dasar dalamnya
tak terselam

Membaca dengan
seluruh indera
dan kedangkalan
akalku pastinya
tak terbaca,
apalagi
memahami
akan tanda-tanda
dan kesempurnaan-Mu

Perjalanan salik
menuju khalik;
aku debu piatu
di hujung rumput
dan tapak sepatu

Ho Chih Minh City
27 Disember 2007
(Kumpulan Sajak, ‘Perjalanan Salik’- Rahimidin Zahari
Pustaka Nusa, 2009).

5 komentar:

ajahare mengatakan...

tahniah untuk saudara,
teruskan menulis

FadzliAbuBakar mengatakan...

mungkin dia berhenti menulis puisi... tetapi menjadi seorang salik yang mencari suluk...

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
Rahimidin ingin berhenti menjadi penyair kerana hendak tumpukan dalam bidang teater kerana mungkin melalui teater dapat lebih meluas serta puas untuk 'mengata'...? (kata-kata Rahimidin dalam blognya)Hehehe...

Rahimidin Z mengatakan...

Salam. Tuan Haji memahami saya. Terima kasih.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Sdr. Ajahare,
Terima kasih bertandang. Salam puisi dari saya.

Fadzli,
Saya kenal benar dengan penyair ini. Rahimidin kadang-kadang sinis orangnya.

Rusdi,
Rahimdin juga orang teater. Beliau juga pelukis. Tak percaya, tanya...

Rahimidn,
Saya sentiasa tertunggu-tunggu puisi baru nukilan tuan. Ada keindahan tersendiri.