Kamis, 26 Februari 2009

Kedai Buku Bergerak

Semasa menghadiri Pertemuan Penulis Serumpun sempat meninjau-ninjau kedai buku bergerak. Banyak juga buku-buku yang dijual termasuk buku ilmiah, sastera dan majalah.

Prof Dr. Abdullah Zakaria dan Kasim Tukiman nampaknya begitu teruja dengan lambakan buku dari sebuah van yang diubah suai menjadi 'kedai buku bergerak' itu.
Rasanya kalau di Malaysia sukar menjual buku begini, kerana budaya membaca masyarakat kita masih belum meluas. Di UTM sendiri memang ada van yang menjual beraneka akhbar dan majalah termasuk makanan jajan. Tapi untuk jualan buku seluruhnya belum ada lagi. Beberapa hari lepas akhbar Utusan Malaysia sendiri ada menyiarkan dapatan kajian yang menyatakan bahawa mahasiswa kita sendiri kurang membaca. Terutama bahan bacaan umum. Apa lagi bahan sastera dan sejarah.

4 komentar:

ABDUL LATIP mengatakan...

Assalamualaikum
Terima kasih sudi berkunjung dan meninggalkan jejak dalam blog saya. Tuan antara penulis Johor yang hebat. InsyaAllah nanti kita jumpa lagi.

MARSLI N.O mengatakan...

Menarik juga idea kedai buku bergerak ini.

Nisah Haji Haron mengatakan...

Kalaulah banyak buku-buku sastera Indonesia yang terjual di kedai ini tentu lebih seronok. Apa pun, saya pernah berangan-angan mahu memiliki kedai seperti ini untuk Ujana Ilmu!

sahrunizam mengatakan...

Seronoknya dapat memilih buku di kedai tersebut sambil melayan cendol di kedai sebelahnya pula