Rabu, 14 Oktober 2009

Kena rompak?

Baru saja saya sampai pejabat, isteri menelefon menyatakan ada berita kurang baik yang menimpa Pak Uda dan Mak Itam. Rumah mereka kena rompak malam tadi. Selain daripada kehilangan wang dan barang kemas, perompak melarikan juga sebuah kereta. Mujur mereka tidak diapa-apakan. Beberapa minggu lepas rumah anak saudara saya juga kena pecah. Siang-siang buta pulak tu. Jiran sebelah boleh tidak sedar.

Tahun 60-an dulu
Sesekali dapat berkumpul dan berbual-bual tiba-tiba ada seorang menceritakan baru-baru ini jirannya kena rompak. Memang ada beritanya masuk surat khabar. Kesemua mereka yang mendengar dan mendapat tahu berita itu menyatakan rasa simpati dan sama-sama turut bersedih. Memang repot polis telah dibuat dan mereka percaya perompak itu lambat laun akan tertangkap juga akhirnya.

Tahun 2000–an
Semasa bertemu dengan kawan-kawan salah seorang daripadanya menceritakan baru-baru ini rumahnya kena rompak. Kawan yang lain pula menyatakan dia pun pernah kena rompak. Begitu juga ada menyatakan keretanya kena curi, laptopnya kena curi dan ada saja kehilangan dan kerugian yang diceritakan oleh setiap orang. Memang pelik kalau ada diantara mereka yang menyatakan dia tidak pernah dirompak, disamun, pecah rumah, kehilangan kereta dan sebagainya.

Dulu kita berasa pelik kalau ada kawan yang kena rompak. Sekarang kita merasa pelik kalau ada kawan yang belum kena rompak.

4 komentar:

Md Nizar Parman mengatakan...

Salam Tn.Haji,
Begitulah putaran kehidupan. Sesuatu yang pelik pada suatu ketika dahulu kini menjadi suatu kebiasaan pada zaman ini.

Azhar Salleh mengatakan...

Salam TUAN HAJI,
Perompak sekarang makin berani krn pihak berkuasa semakin takut; takut menghantar balik pendatang, takut mengambil tindakan terhadap pendatang, dan takut untuk menggempur habis-habisan punca gejala rompak. Dahulu, kampung kita aman krn pendatang tidak banyak. Tetapi, adakah mereka paksi rompakan?

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Md. Nizar dan Azhar Salleh,
Ada teman yang secara sinis menyatakan bahawa orang yang kena rompak biasanya tidak berzakat, tidak suka menderma dan kurang beramal. Tapi, yang saya nampak dan ketahui mereka yang menerima musibah ini terdiri daripada keluarga yang baik, yang tidak tinggal zakat, berderma dan sentiasa baca Al Quran dan bangun sembahyang malam.
Adakah ini yang dikatakan dugaan?

MARSLI N.O mengatakan...

Salam Tuan Haji: Kembali datang menjengah sebagai tanda ingat. Terima kasih atas kunjungan dan segala ucapan dari Tuan haji.

Marsli N.O