Selasa, 20 Oktober 2009

Membaca Lentera Mustika


‘Lentera Mustika’ adalah novel terbaru karya Nisah Haron, terbitan PTS. Sebuah novel percintaan pasangan ilmuan. Ainur Mustika seorang pensyarah universiti pada mulanya menghadapi masalah memilih pasangan, selepas putus cinta dengan Syed Amirul Hakim, juga seorang dosen dari Indonesia. Akhirnya Ainur Mustika berkenalan dengan seorang peguam bernama Emir Johan.
Apa yang menarik dalam novel ini Nisah Haron memulakan setiap bab dengan pantun. Kebetulan watak utamanya, iaitu Ainur Mustika adalah seorang pensyarah sastera yang mengkhususkan bidangnya dalam sastera tradisional. Perjuangannya untuk melihat agar pantun, syaer, gurindam, nazam dan seloka (sastera rakyat) tidak dilupakan. Beliau mencadangkan agar papan-papan tanda berupa pantun dipasang di sekitar universiti. Ainur Mustika juga sering dijemput berceramah dan membentangkan kertas kerja dalam bidang sastera tradisional. Bersama sahabat baiknya Badariah, Ainur Mustika menghadiri konferens di Negara Cina. Mereka cuba memperkenalkan sastera Melayu, meskipun perbincangan tersebut lebih menjurus kepada perundangan dan hak cipta.
Nisah Haron seperti yang kita ketahui adalah seorang peguam, beliau juga seorang penulis dan pengamal sastera. Sudah tentu beliau tidak lupa menyelitkan hal-hal perundangan dalam karya-karya beliau. Sekurang-kurangnya dapat memberikan kita maklumat, terutama hal-hal yang berkaitan dengan masalah kekeluargaan jika disorot dari sudut perundagan. Inilah kelebihan Nisah Haron sebagai seorang penulis. Sebagai seorang ibu, seorang isteri beliau nampaknya tetap ulet dalam hal berkarya.

3 komentar:

Nisah Haji Haron mengatakan...

Salam Tuan Haji,

Terima kasih atas komen ini.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Nisah,
Saya dah baca novel ni. Seronok membacanya. Tapi ada satu yang saya nak tanya...tapi nantilah..bila ada kesempatan berjumpa nanti.

Nisah Haji Haron mengatakan...

ok, mungkin akan berada di UiTM Segamat awal Disember nanti? Bengkel novel penulis muda anjuran YWJ. Masa itu boleh jumpa. Kalau ada yang kurang ataupun sesuatu yang saya terlepas pandang, saya pohon pandangan juga daripada Tuan Haji.