Selasa, 06 Oktober 2009

Mencari Makna Diri Melayu


Prof Dr. Awang Sariyan menyuarakan kebimbangannya tentang nasib bahasa Melayu di tangan orang Melayu sendiri. Dalam buku kecil ini beliau berharap agar kita dapat merenung kembali sifat-sifat diri kita yang mudah alpa, lupa dan keliru dalam memahami makna diri. Akibat kelemahan ini mengacau cara kita berfikir dan membuat keputusan.
Untuk memahami makna diri, kita harus kembali kepada sejarah Melayu itu sendiri. Sejak abad ke-7 lagi sudah ada gerakan memartabatkan bangsa Melayu. Kerajaan Melayu Seriwijaya telah meletakkan asas perjuangan ini. Hinggalah kepada kegemilangan Melayu pada zaman kerajaan Melaka dan Melayu Riau.
Kehadiran Barat (Inggeris dan Belanda) telah melemahkan keupayaan Melayu. Mereka berjaya menjatuhkan kerajaan Melayu dan seterusnya menjajah dan meninggalkan trauma penjajahan sehingga kini. Meskipun kita sudah lebih 50 tahun merdeka, tetapi pemikiran kita masih dijajah. Itulah hakikatnya. Itulah kejayaan Barat semasa menjajah. Mereka bukan sahaja berjaya merampas hasil bumi kita yang kaya, malah berjaya mengubah persepsi kita terhadap barat. Sehingga sanggup mempertidak kepada keupayaan bahasa Melayu sendiri. Orang Melayulah yang menyatakan ‘Taknak’ kepada bahasa Melayu sendiri, bukannya orang lain. Sangat memalukan.

7 komentar:

Citra Delima mengatakan...

Salam Tn. Haji,
Sempena bulan bahasa, sewajarnya kita sentiasa mengingati kepada penulis-penulis blog agar menulis tentang kesedaran mertabat bahasa melayu. Kepada pemimpin, perlu ada kesedaran, kerana pemimpin akan menjadi tauladan kepada mereka yang dipimpin. Mudah-mudahan Bahasa Melayu akan menjadi bahasa yang kita sama sama cintai dan digunakan pada setiap masa dan waktu. Amin.

Md Nizar Parman mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Tahniah kerana menulis entri ini. Saya berpendapat bahawa usaha untuk memartabatkan Melayu dan bahasa Melayu ini bukanlah sesuatu yang bermusim. (Suatu pengalaman manis dapat bertemu dengan Tuan Haji dan Rendra di DBPWS tempoh hari).

dariana mengatakan...

salam syawal...idulfitri almubarak. moga dikurnia keampunan, rahmat dan bahagia.
saya ada emailkan surat dan sajak2 rosli k matari. dia minta tolong. oklah.
sajak rosli memang segar dan punya signifikan tersendiri. dua sajak saya juga ikut menyusul bacalah sebagai sarapan pagi ini..
maaf dan memaafkan.

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Tn Haji Tahir,
Cadangan Tun Haji untuk sama-sama kita meriuhkan bulan bahasa ini memang sesuatu yang baik. Sudah sepatutnya.

Md. Nizar,
Biasanya membaca karya dan blog sahaja. Akhirnya sudah kenal tuan punya diri. Salam perjuangan.

Abdul Hadi,
Salam syawal. Terima kasih atas kiriman sajak karya Rosli K. Matari dan juga sajak tuan sendiri. Saya sudah membacanya. Kalau ada keizinan boleh tidak saya muat siar dalam blog saya. Menyentuh tentang perjuangan orang Melayu Patani ini, kita harus insaf bahawa orang Islam yang berada di bawah pemerintahan bukan Islam akan ditekan dan dihapuskan. Berbeza dengan orang bukan Islam yang berada di negara Islam akan dapat hidup dengan aman dan terpelihara.

Azhar Salleh mengatakan...

Salam TUAN HAJI,
Kadangkala, Melayu itu mengelirukan juga. Kadangkala berada dlm kepompong enigma. Saya agak kurang bersetuju jikalau dibahaskan tentang Melayu dari segi negatif semata-mata kerana bangsa lain pun demikian juga sifatnya. Ya, soalnya ialah sikap. Bukan bangsa. Tuan, buku AS ini tidak pula saya jumpa kat kedai buku? Di mana tuan membelinya? Khabarkan kerana saya percaya buku ini amat-amat bermanfaat. TK atas info. Teruskan perjuangan melalui tulisan tuan krn saya amat yakin dan percaya bahawa tuan salah seorang peneliti bangsa yang tegar dgn pandangan yg dinamik dan analitis.

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
Benarkah kebanyakan pemimpin Melayu dalam parti terbesar Melayu itu sendiri yang tiada bangga dan tiada peduli tentang bahasa Melayu? Jika benar, bagaimanakah rakyat ramai Melayu ingin hormat dan sanjung bahasa Melayu?

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Azhar,
Lebih membingungkan bila keputusan pilihan raya Bagan Pinang menampakkan suatu perkembangan yang begitu sukar untuk diterjemahkan. Itulah makna "Melayu' yang sebenarnya.
Buku Mencari Makna Diri Melayu ini saya beli daripada pengarangnya sendiri. Tak taulah kalau ada jual di kedai-kedai buku. Mungkin ada.

Rusdi,
Kita boleh menilai dua senario ini. Satu mesyuarat Agung Luar Biasa MCA begitu berani mengundi untuk tidak percaya kepada kepimpinan.
Sedangkan situasi kedua, BN menang majoriti besar di pilihan raya Bagan Pinang.
Fikirkanlah.