Minggu, 18 Oktober 2009

Persidangan Politik Kapak

Suara-suara kapak
masih kedengaran
menumbangkan beribu pohon kebaikan
di dunia politik rimba

Pekik kapak lantang memusnahkan
menumbangkan segala kemungkinan
demi kekuasaan
demi kehormatan

Dengarkan
zikir benih dalam rekah tanah ibadah
zikir labah-labah tabah menenun jaring kehidupan ummah
zikir sehelai daun keinsafan
sedang melayang ke pangkuan bumi Ilahi
Subhanallah!

Suara kapak
lantang menebang
siapakah yang berani menentang?


SHAPIAI MUHAMMAD RAMLY
Sri Pulai, Johor Bahru.
Berita Harian Sabtu 17 Oktober 2009

6 komentar:

Ilham Ainol mengatakan...

Salam kunjung Tuan Haji,

Tahniah sajak tersiar lagi di BH.
Kapak pun diangkat untuk menetak atau menebang sepohon pokok kuasa yang disirami,dijagai,dipujai dan digunakan untuk memberi teduhan kepada 'kuasa' yang digilai...hehehehe..
Saya tak guna kapak,mungkin beliung saja!

FadzliAbuBakar mengatakan...

Harap belum ramai yang guna chainsaw... itu lebih ganas lagi

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
Kapak jika tidak pandai digunakan pasti tidak berbisa dan tidak berbekas kesannya.
Tahniah, Tn. Hj. sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi amat prolifik dalam karya-karya puisi, ya... menulis sejak tahun 1970-an lagi.

Md Nizar Parman mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Tahniah sebab puisi ini tersiar di BH. Saya teringat sebuah lagu Inggeris yang berjudul "The law is the saw, the saw is the law." Itulah sebahagian realiti dunia politik hari ini. Rajin mengapak pokok, menanamnya malas! Sikit2 kapak, sikit cantas, sikit2 potong. Sampai bila?

Ahmad Nawawi Yaakob mengatakan...

Makin gawat politik bangsa.. makin parah cengkaman kuasa, namun tiada termampu untuk kita lakukan sesuatu? bagaimana?

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Ainol,
Persidangan 'beliong' akan menyebabkan hutan politik jadi lapang.

Fadzli,
Orang Melayu hanya tahu pakai kapak untuk menebang.

Rusdi,
Terima kasih kerana sentiass memberi kata-kata perangsang. Orang tua macam saya masih perlu ubat perangsang...

Md Nizar,
Terima kasih. Memang tepat undang-undang gergaji atau kapak bila dikaitkan dengan politik atau kekuasaan. Terutama bila merujuk politik di negara kita yang masih belum matang.

Ustaz,
Harap-harap kepimpinan sekarang dapat mengubah suasana politik ke arah yang lebih matang. Nampaknya macam ada sedikit perubahan.