Kamis, 29 Oktober 2009

Anggukan Universal

Dalam politik tidak ada anggukan universal. Kebenaran politik biasanya bias kepada fahaman politik tertentu. Kalau ada seorang wakil rakyat keluar parti dan menyatakan bahawa dia sudah hilang kepercayaan kepada parti tersebut, apakah secara universal kita akan menganggap perkara itu benar.
Begitu juga dalam menanggapi peperangan. Amerika memerangi Iraq kerana ancaman loji nuklearnya. Ternyata kesamaan suara hati manusia menidakkan alasan Amerika itu. Guantinamo membuktikan bahawa perang itu kezaliman, bukan mencegah teroris.
Kesilapan manusia kerana sering menyangah ‘anggukan universal’ ini. Ini disebabkan suara hati kita tertutup dan buta.
Ary Ginanjar Agustian dalam bukunya ESQ (2005) menyatakan terdapat faktor belenggu yang menyebabkan manusia menjadi buta kepada kebenaran. Belenggu tersebut adalah; prasangka, prinsip hidup, pengalaman, kepentingan, sudut pandangan, pembanding dan juga literatur.
Tentang prasangka misalnya, bila berlakunya tragedi jambatan gantung runtuh seperti yang berlaku di Perak itu, lantas di hati kita lekas-lekas mengaitkannya dengan ‘rasuah’. Kenapa? Selama ini kita didedahkan dengan berita-berita stadium runtuh, masjid runtuh dan beberapa bangunan yang runtuh kerana ada berlakunya unsur-unsur ‘rasuah’ itu. Jadi bila berlakunya ‘jambatan runtuh’ dan ada yang menyatakannya sebagai adanya unsur ‘rasuah’ kita cepat-cepat mengangguk. Ini bukan anggukan universal.

4 komentar:

Rusdi Abd Rahman mengatakan...

Tn. Hj.,
Dalam bola sepak, pabila Ronaldo diisytiharkan pemain termahal di dunia maka ramai menyatakan beliau merupakan pemain terbaik dunia! Tidak! kerana beliau tercedera kini lalu rehat sebulan.
Begitu juga pasukan Real Madrid yang kaya raya membeli pemain ternama dunia, ramai menyatakan pasukan kelab ini terbaik di dunia. Tidak! kerana Real Madrid tewas dibelasah 4-0 kelab divisyen 3 Sepanyol baru-baru ini.
(Maaf jika terkeluar topik... hehehe...)

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Rusdi,
Maknanya dalam bola sepak pun tidak ada 'Anggukan Universal'. Yang ada sorakan universal. Yang menang dapat sorakan, yang kalah kena sorak.

Md Nizar Parman mengatakan...

Salam Tuan Haji,
Angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk... - petikan lirik lagu AHLI FIKIR. Adakalanya kita angguk kepada sesuatu yang tidak kena pada tempatnya (kadang-kadang sekadar mahu menjaga hati; atau mahu memenangi hati). Angguk tidak semestinya mengiyakan, dan geleng tidak semestinya menidakkan. Paling mudah dalam kelas. Apabila cikgu bertanya, "Semua faham?". Semua murid angguk. Realitinya, murid angguk sebab cikgu 'tu garang!

Melihat Kesunyataan mengatakan...

Md Nizar,
Itu di sekolah..di masjid semasa khutbah lagi banyak 'anggukan universal'..hehe